Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Team Secret MY dalam kumpulan bahaya, diapit Bigetron RA, RRQ Athena, Futbolist

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PENGANJUR Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC), Tencent Games telah mengumumkan pembahagian kumpulan peringkat liga pada malam tadi.

24 pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia yang akan menyertai PMGC itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.

Wakil tunggal tanah air, Team Secret MY akan berada dalam kumpulan C bersama pemenang-pemenang utama Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) iaitu Bigetron Aliens (Bigetron RA) dan Futbolist serta gergasi Thailand, RRQ Athena.

Dalam pengumuman yang sama, Tencent Games turut mendedahkan slot pasukan jemputan telah diisi pasukan tuan rumah Dubai, iaitu Elites United Team.

Berikut adalah pembahagian kumpulan bagi pasukan-pasukan PUBG Mobile yang menyertai liga PMGC:

Kumpulan A

  • NOVA XQF
  • Aerowolf LIMAX
  • LOOPS Esports
  • Power888 KPS
  • DRS Gaming
  • Godsent
  • Archer Gaming Blue Bees
  • Blue Bees

Kumpulan B

  • Secret Jin
  • 4AM
  • Abrupt Slayers
  • The Unnamed
  • Klas Digital Athelitcs
  • A7 Esports
  • Z3us Esports
  • Konina Power

Kumpulan C

  • Bigetron RA
  • RRQ Athena
  • Team Secret MY
  • Natus Vincere
  • Execute
  • Futbolist
  • A1 Esports
  • Elites United Team

PMGC 2020 akan membuka tirai pada 24 November nanti, jam 7 petang waktu Malaysia.

PMGC akan menggunakan format liga yang sama dengan kejohanan edisi sebelumnya, iaitu Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur iaitu melibatkan kelayakan Super Weekend dan peringkat Super Weekend.

Pada setiap minggu, kesemua pasukan akan bertarung untuk ke peringkat Super Weekend (Jumaat, Sabtu, Ahad) untuk mengumpul mata liga. Hanya 16 dari 24 pasukan akan bertarung di peringkat Super Weekend.⁣

Kelayakan Super Weekend pula akan berlangsung pada setiap hari Selasa dan Rabu, bermula 24 November sehingga 16 Disember nanti.⁣

Kejuaraan dunia itu menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM8.2 juta (AS$2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved