Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Team Secret kutip Back-to-Back Chicken Dinner!

Published

on

PASUKAN PUBG Mobile negara, Team Secret MY memulakan perjuangan mereka dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) dengan penuh bergaya apabila memenangi dua Chicken Dinner berturut-turut pada hari pertama.

Team Secret MY yang berjaya memenangi kedua-dua pusingan di peta Sanhok dan Miramar seketika tadi kini berada di ranking pertama liga PMGC dengan kutipan 46 mata.

Aksi bijak penembak jitu pasukan, Raymond Tan (iShotz) yang berjaya melakukan clutch bagi pasukanya di bulatan terakhir pusingan ketiga berjaya memberikan 15 mata kedudukan penting sekaligus memenangi Chicken Dinner bagi pusingan Sanhok.

Team Secret MY berjaya mengutip sebanyak lima mata dan mendapat 20 mata keseluruhan.

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile

Bagi pusingan Miramar pula, pasukan yang dibarisi Asyam Allam (Rex), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHighBoy), Raymond Tan (iShotz) dan Aekachai Areesanan berjaya mengutip 11 mata bunuh sekaligus menewaskan pasukan Secret Jin di bulatan terakhir.

Team Secret yang berada di kumpulan C bersama pasukan-pasukan ternama seperti RRQ Athena, Bigetron RA dan Natus Vincere akan bermain lagi dua pusingan pada hari ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved