Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Habis “ngeprank”, Bigetron RA bangkit semula dengan Chicken Dinner

Published

on

Foto fail PUBG Mobile Indonesia.

HABIS “ngeprank”, juara dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) akhirnya menunjukkan taring apabila berjaya mengutip tiga Chicken Dinner pada hari kedua kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Pasukan bertaraf dunia itu berjaya mengutip sebanyak tiga Chicken Dinner secara keseluruhan pada hari terakhir kejohanan League Weekend minggu pertama sekaligus mara ke peringkat Super Weekend.

Pasukan Bigetron RA yang sebelum ini berada dalam kedudukan berbahaya untuk layak ke peringkat SuperWeekend berjaya untuk mengutip 14 mata bunuh di atas kemenangan Chicken Dinner bagi pusingan ketiga di peta Erangel.

Jaguh Indonesia ini sekaligus berjaya mengumpulkan 29 mata keseluruhan bagi pusingan tersebut.

https://www.instagram.com/p/CIA-m3zJC8f/

Tidak berakhir di situ sahaja, pasukan bertaraf dunia itu turut berjaya mengutip Chicken Dinner bagi hari tersebut di peta Sanhok dan Vikendi.

Prestasi cemerlang Bigetron RA pada hari kedua League Play minggu pertama itu sekaligus melonjakkan kedudukan tercorot ke kelompok terbaik dengan kutipan 110 mata keseluruhan.

Pasukan terbaik Indonesia ini turut tampil sebagai pasukan yang paling agresif, apabila mengutip sebanyak 49 mata bunuh sepanjang dua hari League Play berlangsung.

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports

Selain Bigetron RA, pasukan tempatan, Team Secret MY turut layak ke peringkat Super Weekend selepas pasukan mereka akan betempur dengan 15 pasukan lain.

Peringkat Super Weekend bagi kejohanan PMGC akan bermula pada hari Jumaat, 27 November nanti.

Kejohanan PMGC akan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak kira-kira RM8.18 juta (AS$2,000,000)

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved