Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: uHigh tersenarai carta top killer, Team Secret MY layak ke Super Weekend

Published

on

TERMINATOR Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) sekali lagi menunjukkan taring apabila tersenarai dalam ranking pemain mata bunuh tertinggi tamat peringkat League Weekend pertama kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Pemain termuda Team Secret itu berjaya mengutip sebanyak 16 mata bunuh sepanjang lapan pusingan yang dimainkan sekaligus berkongsi tempat bersama pemain Brazil, Michael Barboza (Dadin) sebagai pemain yang berjaya mendapat mata bunuh tertinggi setakat ini.

Prestasi cemerlang uHigh berjaya menempatkannya di atas pemain-pemain veteran seperti Muhammad Albi (Ryzen) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy) dari pasukan juara dunia, Bigetron Red Aliens serta pemain-pemain handalan rantau China seperti Zhu Bocheng (Paraboy) dan Cheng Zehai (Order).

uHigh turut berjaya mencatatkan lima tembakan kepala (headshot) dan memberikan purata 333 kesan bunuh (damage) terhadap pihak lawan.

uHigh dan rakan-rakan sepasukan menamatkan saingan di tempat keenam bagi minggu pertama peringkat League Play dan bakal mara ke peringkat SuperWeekend untuk mendapatkan mata kelayakan ke peringkat akhir PMGC.

Hanya 16 pasukan yang mengumpul mata tertinggi pada peringkat Super Weekend berjaya melayakkan diri ke peringkat Final PMGC, yang dijangka akan bermula pada 24 Januari tahun hadapan.

16 slot tersebut didominasi pasukan Asia Tenggara :

  • Bigetron Red Aliens
  • Loops Esports
  • Futbolist
  • Aerowolf Limax
  • Alpha 7 E-Sports
  • Team Secret MY
  • 4AM
  • NOVA XQF
  • Konina Power
  • RRQ Athena
  • Abrupt Slayers
  • Secret Jin
  • Execute
  • Power888 KPS
  • KLAS Digital Atheletics
  • Blue Bees

Manakala berikut merupakan senarai pasukan yang gagal mara ke minggu pertama peringkat SuperWeekend :

  • Natus Vincere
  • Zeus Esports
  • Godsent
  • Archer Gaming
  • DRS Gaming
  • The Unnamed
  • A1 Esports
  • Elites United Team

Pada masa yang sama, pasukan Indonesia, Bigetron Red Aliens berjaya melakukan kebangkitan semula apabila berjaya memenangi tiga Chicken Dinner pada hari kedua League Play yang melonjakkan mereka ke kedudukan teratas.

BACA: PMGC: Habis “ngeprank”, Bigetron RA bangkit semula dengan Chicken Dinner

Kejohanan PMGC akan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak kira-kira RM8.18 juta (AS$2,000,000)

Peringkat Super Weekend PMGC akan bermula pada 27 November dan akan melibatkan 16 pasukan terbaik dari minggu pertama peringkat League Play.

Jangan lupa saksikan pasukan tempatan, Team Secret MY bertempur dengan pasukan-pasukan luar dalam arena kompetitif PUBG Mobile esok!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved