Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Team Secret dapat Chicken pertama Super Weekend, uHigh top kill

Published

on

Foto: PUBG Mobile

JUARA Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG), Team Secret MY sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya boleh memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan gergasi luar apabila berjaya memenangi pusingan ketiga peringkat Super Weekend kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Team Secret MY berjaya menewaskan pasukan-pasukan gergasi PUBG Mobile dunia seperti Nova XQF dari China dan RRQ Athena dari negara gajah putih, Thailand dalam misi meloloskan diri dalam bulatan terakhir pusingan yang berakhir di kota Monte Nuevo.

Pasukan tempatan tersebut berjaya mengumpul sembilan mata bunuh bagi pusingan tersebut sekaligus berjaya mengutip 24 mata berharga untuk mata keseluruhan peringkat Super Weekend.

Hanya 16 pasukan yang mengumpul mata tertinggi pada peringkat Super Weekend  berjaya melayakkan diri ke peringkat Final PMGC, yang dijangka akan bermula pada 24 Januari tahun hadapan.

Sementara itu, jaguh rantau China, Nova XQF berjaya mengumpul mata bunuh yang banyak untuk menempatkan diri di tempat kedua bagi pusingan tersebut, meskipun hanya berjaya mendapat sebanyak enam mata kedudukan.

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports

Sementara itu, pemain termuda Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) berjaya tersenarai dalam senarai pemain terbaik bagi peringkat Super Weekend setakat ini.

Terminator liga PMPL MYSG itu berjaya mengutip jumlah mata bunuh tertinggi, iaitu 10 mata bunuh dan berjaya memberi sebanyak 1691 kesan bunuh terhadap pihak lawan.

uHigh kini merupakan pemain tunggal dari rantau Asia Tenggara dalam senarai lima pemain terbaik peringkat Super Weekend.

Team Secret MY akan bermain lagi dua pusingan pada hari pertama kejohanan PMGC ini.

Kejohanan PMGC akan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak kira-kira RM8.18 juta (AS$2,000,000)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved