Connect with us

PUBG Mobile

Team Secret MY sah ke PMGC, prize pool naik jadi RM8.2 juta

Published

on

Foto: PUBG Mobile

#MALAYSIABOLEH!

Pasukan profesional PUBG Mobile negara, Team Secret MY diberi peluang untuk merebut gelaran juara PUBG Mobile Global Championship (PMGC) selepas pertukaran format kejohanan yang menyaksikan penambahan jumlah slot dari 20 kepada 24 pasukan.

Penganjur PMGC, Tencent Games, berkata dari 24 pasukan itu, lima slot diberikan kepada rantau Asia Tenggara berbanding empat sebelum ini.

Penambahan slot itu sekali gus diberikan kepada Team Secret MY selaku penyandang tempat keenam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Kedua (SEA Final) pada Oktober lalu.

Pada SEA Final Musim Kedua yang lalu, Team Secret MY berkongsi mata dengan pasukan Thailand, Power888 KPS (PW88) yang berada ditempat kelima iaitu 120 mata dan ketinggalan hanya dua mata bunuh.

BACA: Hanya 2 mata bunuh memisahkan Team Secret MY untuk slot PMGC

Pengumuman Tencent Games mengenai format PMGC. Foto: PUBG Mobile Esports

Keputusan Tencent Games itu sekaligus menjadikan Team Secret MY satu-satunya wakil Malaysia ke PMGC dan akan membawa nama Malaysia ke persada dunia untuk bertanding dengan pasukan-pasukan ternama lain dari serata dunia.

Penyertaan Team Secret MY ke PMGC itu juga merupakan kali kedua berturut-turut tahun ini dan merupakan kemunculan ketiga dalam kejohanan global sejak pasukan itu ditubuhkan pada tahun 2019.

Barisan utama Team Secret MY yang dibarisi Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Asyam Allam (Rex), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Raymond Tan (iShotz) akan mewakili Malaysia di peringkat dunia 24 November nanti.

Dalam pengumuman menerusi YouTube itu, Tencent Games juga berkata PMGC akan menggunakan format sama dengan kejohanan edisi sebelumnya, iaitu Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM8.2 juta (AS$2 juta).

Pada setiap minggu, kesemua pasukan akan bertarung untuk ke peringkat Super Weekend (Jumaat, Sabtu, Ahad) untuk mengumpul mata liga. Hanya 16 dari 24 pasukan akan bertarung di peringkat Super Weekend.⁣

Kelayakan Super Weekend pula akan berlangsung pada setiap hari Selasa dan Rabu, bermula 24 November sehingga 16 Disember nanti.⁣

Berikut adalah senarai penuh pasukan-pasukan dari seluruh dunia yang akan menyertai PMGC:

  • Bigetron RA (Juara PMWL Timur Musim Zero)
  • Futbolist (Juara PMWL Barat Musim Zero)
  • Aerowolf LIMAX (SEA Final Musim Kedua 2020)
  • Secret Jin (SEA Final Musim Kedua 2020)
  • RRQ Athena (SEA Final Musim Kedua 2020)
  • POWER888 KPS (SEA Final Musim Kedua 2020)
  • Team Secret (SEA Final Musim Kedua 2020)
  • Loops (PMPL Amerika)
  • The Unnamed (PMPL Amerika)
  • Execute Esports (PMPL Amerika)
  • A7 eSports (PMPL Amerika)
  • Natus Vincere (Liga Afrika, Timur Tengah, Eropah)
  • Klas Digital Athletics (Liga Afrika, Timur Tengah, Eropah)
  • GODSENT (Liga Afrika, Timur Tengah, Eropah)
  • KoninaPower (Liga Afrika, Timur Tengah, Eropah)
  • Four Angry Man (PEL 2020)
  • Nova Esports (PEL 2020)
  • ArCRESTART (Street Challenge 2nd Half)
  • BLUE BEES (Liga Jepun)

5 lagi slot akan diisi dari PMPL Asia Selatan (3), Final Wildcard PMCO (1) dan jemputan terus (1) dari Tencent ke PMGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved