Connect with us

PUBG Mobile

Alhamdulillah, ini kereta pertama saya – Din Jumper

Published

on

Foto: YouTube / Din Jumper Army

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa tahun berada dalam arena e-sukan PUBG Mobile, pemain profesional dan penghibur penstriman langsung Facebook Gaming, Izzrudin Hashim, (Jumper) hari ini berkongsikan dia akhirnya memiliki keretanya yang pertama.

Jumper berkongsikan berita gembira itu menerusi satu YouTube bertajuk ‘Vlog by Jumper: APA YANG DIPINANG OLEH JUMPER?’ yang dimuatnaik seketika tadi.

“Saya perlukan kereta sebab selama ini kalau saya ke kejohanan atau pertandingan PUBG, saya akan meminta pertolongan kakak saya atau meminta orang lain untuk jemput. Jadi saya beli kereta yang saya mampu.

“Alhamdullillah saya dapat beli. Apa pun kerjaya yang kita buat, kita perlu kuat dan sentiasa berusaha sampai dapat.

“Kepada mereka yang menyokong saya, terima kasih banyak-banyak. Saya doakan anda berjaya dunia akhirat dan sentiasa murah rezeki,” kata Jumper dalam vlog itu.

Tonton video penuh Jumper bersama kereta baharunya, di sini:

Jumper merupakan pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Yoodo Gank dan juga melakukan penstriman langsung di Facebook Din Jumper Official.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved