Connect with us

Mobile Legends

MPL: Hanya 2 slot pasukan Malaysia diberikan bagi sesi kelayakan

Published

on

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020.

KUALA LUMPUR – Hanya 2 slot bagi pasukan Malaysia dan 1 slot Singapura diberikan bagi mana-mana pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) yang layak melepasi pusingan kelayakan Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur berkata terdapat dua pusingan kelayakan berasingan iaitu satu untuk Malaysia dan Singapura.

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Pendaftaran untuk peringkat kelayakan kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020. 

Borang pendaftaran rasmi akan tersedia bermula 20 Januari 2020 di halaman Facebook rasmi MLBB.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 dibawakan oleh Moonton dan dianjurkan oleh eGG Network.  

Sementara itu, penganjur  turut mengumumkan sebanyak 7 pasukan akan menerima jemputan terus dalam liga musim kelima iaitu:

  • EVOS Esports SG
  • Todak
  • Resurgence
  • Axis Esports
  • Geek Fam
  • Shopee Bosskurr
  • Notorious Villains (NV Bosskurr)

MPL kali ini akan menggunakan sistem mata pembezaan yang diperkenalkan dalam Musim 4.

Pasukan akan disenaraikan berdasarkan jumlah pertandingan Terbaik dalam Tiga (Best of 3) yang dimenangi.

Sekiranya keputusan adalah seri, perbezaan mata menang dan kalah (bilangan permainan yang dimenangi tolak bilangan permainan yang kalah) akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Semakin tinggi bilangan pembezaan, semakin tinggi pasukan akan ditempatkan dalam carta kedudukan.

Lapan pasukan teratas dari Musim Liga akan bersaing dalam Musim 5 Playoffs, yang akan berlangsung pada 18 dan 19 April 2020.

Mobile Legends

Selamba je Xray

Published

on

5 SAAT.

Itu sahaja tempoh yang diberikan kepada pemain profesional Mobile Legends Mohamad Aiman Idris (Xray) untuk menyelamatkan diri dari dibunuh pihak lawan.

Dalam pusingan ketiga perlawanan Todak menentang EVOS SG pada minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim Keenam, Xray memaparkan aksi yang mencemaskan ketika dia cuba melarikan diri dari dibunuh Ong Wei Sheng (Aeon).

Ketika itu, Xray menggunakan salah satu hero terbaiknya iaitu Chou. Manakala Aeon menggunakan Atlas.

Dalam aksi pada minit ke-14 itu, Xray dilihat cuba mendapatkan Aeon namun dikejar semula oleh pasukan EVOS. Nyawa (hp) Xray semakin kritikal disebabkan serangan Andrew Lim (Potato) yang menggunakan hero Roger.

Beberapa saat sebelum itu, Xray dan Todak berada dalam satu pertempuran dengan EVOS SG di bahagian laluan tengah.

Cuba untuk menaikkan nyawanya sedikit demi sedikit, Xray cuba mencari ruang dan masa untuk kembali ke pangkalan utama Todak.

Namun aksi selamba Xray yang melakukan recall betul-betul di pangkalan EVOS SG memang mendebarkan kerana Aeon masih mengejarnya dari belakang.

Seolah-olah keliru dengan tindakan Xray, Aeon dilihat ketinggalan beberapa saat sebelum melancarkan serangan Perfect Match untuk menggagalkan niat Xray yang mahu pulang ke pangkalan pasukannya.

Aeon hanya mampu berputih mata, apabila Xray berjaya pulang dan menaikkan balik aras nyawanya.

Perlawanan antara Todak dan EVOS SG itu menjadi tumpuan peminat apabila ia dilihat ‘menghidupkan kembali’ kehangatan Grand Final MPL Musim Keempat.

Perlawanan itu menyaksikan Todak berjaya menenangkan ngauman harimau putih Singapura itu 2-1.

Menerusi kemenangan itu juga menyaksikan Todak terus mendominasi ranking liga, dengan rekod tanpa kalah 6-0 ketika ini.

Todak merupakan antara pasukan terbaik di Malaysia dan pernah mengharumkan nama negara pada 2019 ketika meraih tempat ketiga dalam kejuaraan dunia Mobile Legends, M1.

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: Ciku minta untuk bermain hari ini, lawan EVOS SG

Published

on

PEMAIN terbaik minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim Keenam, Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku) memohon untuk bermain pada hari ini, kata Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto).

Ikuto berkata permohonan Ciku hanya dalam peringkat pertimbangan pengurusan Todak memandangkan kesihatan pemain itu menjadi keutamaan.

“Ciku memohon untuk bermain pada hari ini. Namun saya masih risau mengenai keadaan kesihatannya.

“Ciku mengalami asma yang agak kritikal pada minggu lalu.

“Berikutan insiden yang berlaku sebelum ini, saya telah melaksanakan beberapa peraturan-peraturan baru di kediaman pemain untuk elak perkara yang sama berlaku lagi,” kata Ikuto ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Pada minggu lalu, Ciku dikejarkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya yang tidak baik.

Berikutan keadaan kesihatannya itu, difahamkan Ciku akan direhatkan untuk bermain menentang EVOS SG dalam perlawanan minggu ke-4 MPL pada jam 4.30 petang nanti.

Sementara itu, Ikuto juga menolak tomahan-tomahan warganet yang menyatakan keadaan Ciku itu disebabkan gaya hidup tidak sihat sebagai pemain Todak.

“Ramai yang menyatakan mereka asyik makan makanan segera dan tidak melakukan senaman. Saya menjamin kepada pada, mereka makan makanan sihat.

“Kami ada chef yang akan masak untuk pemain-pemain, jadual latihan dan jadual melakukan senaman.

“Selain itu, kami juga ada sesi personal individu sebanyak dua kali dalam sebulan,” tambah Ikuto.

Ikuto menyertai organisasi Todak pada awal bulan Ogos sebagai sebagai Pengurus Pembangunan E-Sukan.

Menurut Ikuto, peranannya tidak tertakluk untuk memastikan skuad Mobile Legends Todak sahaja berada di dalam kekuatan yang optimum.

Jelasnya, segala pengurusan mengenai skuad masih lagi dibawah pengurusan Mohd Syazlan Mohamad Rosdi (Ashi) dan jurulatih Nik Hafif Aiman Hazlan (Manity).

“Saya pula memantau pengurusan yang dilakukan dan membantu dalam membentuk struktur yang lebih baik,” katanya.

Perlawanan Todak menentang EVOS SG merupakan antara yang dinanti-nantikan apabila kedua-dua pasukan itu pernah bertemu pada Grand Final MPL Musim Keempat.

Tonton MPL secara langsung di Facebook Mobile Legends.

Continue Reading

Mobile Legends

Projek NEXT MLBB: Tiada lagi hero klasik tersakiti, Eudora, Zilong, Miya bawa kuasa sakti ke Land of Dawn

Published

on

Foto: YouTube / Mobile Legends

E-SUKAN popular tanah air, Mobile Legends:Bang Bang (MLBB) sentiasa berusaha keras untuk mengemaskini semula hero-hero klasik sama ada melibatkan skill set yang baharu, cerita latar belakang yang baharu dan juga penampilan dalam permainan.

MLBB cuba membawa perubahan dan keyakinan itu menerusi sebuah video baru-baru ini yang diterbitkan di YouTube. Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 5.9 juta tontonan dan kini berada di ranking ke-20 bagi kategori Trending.

Dalam video trailer terbaru dari MLBB yang bertajuk ‘Beyond Legends | Project NEXT Cinematic Trailer | Mobile Legends: Bang Bangs’ menampilkan tiga hero legenda klasik utama iaitu Zilong, Eudora dan Miya.

Video berdurasi tiga minit 47 saat itu dimulakan dengan keadaan Zilong yang terdampar di sebuah kawasan gelap sambil memandang pancaran mukanya pada sebilah lembing.

Beberapa saat kemudian visual menunjukkan Eudora, seorang perantis ahli sihir dikelilingi beberapa orang berjubah dalam satu upacara ritual.

Seolah-olah sedang diseksa, Eudora tidak tahan dengan kesakitan, menitiskan air mata ke bumi.

Situasi kemudian beralih kepada Miya yang mahu melakukan sesuatu mengenai peperangan tanpa henti di Land of Dawn.

Miya seperti kehilangan harapan untuk menghentikan peperangan itu tetapi dia masih berhasrat untuk melakukan perubahan.

Hasrat Miya untuk menjadi Dewa Bulan dimakbulkan apabila dia dikurniakan busur panjang dengan kuasa sakti.

Cuba mengagalkan upacara ritual Miya, satu makhluk orc dilihat melepaskan panahan berapi ke arahnya.

Hero yang sinonim dengan kata-kata Nothing Last Forever, We Can Change The Future Alucard datang membantu Miya mematahkan serangan orc itu. Alucard kembali ke Land of Dawn, bertempur dengan askar-askar orc yang diketuai Balmond.

Tumpuan video ini diberikan kepada Eudora, Miya dan Zilong yang dilihat mahu melakukan keajaiban sendiri setelah diasak dan dibelasah secara bertubi-tubi.

Beyond Legends

Video ini juga diselitkan muzik yang berkonsepkan “Beyond Legends”, yang mempunyai lirik berinspirasikan semangat setiap hero itu.

Lagu tersebut sangat berbeza berbanding lagu Party Legends yang pernah diterbitkan MLBB sebelum ini.

Video ini juga membuktikan yang MLBB sememangnya mahu memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan kandungan penceritaan yang lebih mendalam, disertai dengan grafik berkualiti tinggi.

Logo Baharu MLBB
Beberapa hari sebelum video trailer ni dilancarkan, MLBB turut melancarkan logo baharu yang memberi petanda bahawa e-sukan itu akan memasuki era baharu dengan cita-cita serta kualiti yang lebih baik untuk pengguna.

Selepas kejayaan MLBB 2.0 pada 2019, e-sukan itu dilihat optimis dengan pelancaran Projek NEXT yang akan bermula pada 22 September nanti.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved