Connect with us

Mobile Legends

Hangus sah keluar dari Todak, terima sumbangan RM10,000

Published

on

DARI KIRI, Pengurus Mobile Legends TODAK, Ashi, bekas jurulatih Mobile Legends TODAK, Hangus, Presiden Persatuan Sukan Electronik TODAK, Khairul Azlan dan Pengurus Komunikasi Korporat TODAK Tengku Mohamad Faiz.

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih pasukan profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) TODAK, Muhd Rifhan Mohd Rizal sah meninggalkan pasukan itu mulai semalam.

Pengurus pasukan TODAK, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) berkata keputusan Hangus untuk menarik diri adalah daripadanya sendiri dan pihak pengurusan telah pun bersetuju untuk melunaskan hasrat Hangus itu.

“Saya mewakili seluruh pihak pengurusan dan ahli pasukan TODAK, ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Hangus.

“Di samping itu, pihak pengurusan TODAK juga telah bersetuju untuk menyumbangkan wang tunai sejumlah RM10,000 sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan khidmat beliau. 

“Segala sumbangan beliau di dalam perkembangan pasukan TODAK akan sentiasa dikenang,” kata Ashi dalam satu kenyataan hari ini.

Hangus telah bersama dengan skuad Mobile Legends TODAK sejak Mac 2019.

Antara pencapaian yang diraih bersama pasukan TODAK termasuk tempat ketiga kejuaraan dunia, M1, yang berlangsung di Axiata Arena pada November lalu dan tempat kedua bagi kejohanan Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat.

Sementara itu, Ashi berkata pihaknya masih lagi mensasarkan Kejohanan Dunia M2 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.

“Kepada para penyokong dan peminat, teruskan menyokong pasukan kami agar tahun 2020 menjadi satu tahun yang bersejarah buat pasukan kami untuk mendapat keputusan yang lebih baik berbanding tahun lalu,” kata Ashi.

Ikuti perkembangan terkini TODAK di Facebook dan Instagram mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved