Connect with us

Mobile Legends

Hangus kini jurulatih Team Bosskurr

Published

on

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) nombor tiga dunia, TODAK, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) kini secara rasmi menyertai Bosskurr Gaming (Bosskurr).

Pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata, Hangus akan berkhidmat sebagai jurulatih bagi organisasi e-sukan popular tanah air itu.

“Hangus akan memainkan peranan sebagai jurulatih bagi Bosskurr.

“Harapan saya adalah dengan pengalaman yang ada pada Hangus boleh menambah mutu permainan Bosskurr sebagai persediaan ke Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima nanti,” kata Daddyhood kepada What’s The Meta Today hari ini.

Sebelum ini, Hangus dilaporkan telah meninggalkan pasukan TODAK secara rasmi sejak Rabu.

Hangus telah bersama dengan skuad Mobile Legends TODAK sejak Mac 2019.

BACA: Hangus sah keluar dari TODAK, terima sumbangan RM10,000

Antara pencapaian yang diraih bersama pasukan TODAK termasuk tempat ketiga kejuaraan dunia, M1, yang berlangsung di Axiata Arena pada November lalu dan tempat kedua bagi kejohanan Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat.

Berikutan perkhidmatannya itu, TODAK telah menyumbangkan RM10,000 kepada Hangus.

Sementara itu, Shopee Bosskurr dan TODAK merupakan antara 7 pasukan yang menerima jemputan terus ke MPL Musim Kelima.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung Playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

Selain Shopee Bosskurr dan TODAK, berikut adalah pasukan yang turut menerima jemputan terus:

  • EVOS Esports SG
  • Resurgence
  • Axis Esports
  • Geek Fam
  • Notorious Villains (NV Bosskurr)

Bagi pusingan kelayakan, hanya 2 slot diberikan bagi pasukan Malaysia dan 1 slot untuk pasukan Singapura.

Pendaftaran untuk peringkat kelayakan kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020. 

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Borang pendaftaran rasmi akan tersedia bermula 20 Januari 2020 di halaman Facebook rasmi MLBB.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved