Connect with us

Mobile Legends

Dulu jurulatih Shopee Bosskurr, kini Laphel pengurus Axis Esports

Published

on

Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (berdiri) dari jurulatih dan penganalisis, Laphel kini memegang posisi di bahagian pengurusan. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih bagi organisasi e-sukan popular tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr) Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) bakal memberi tumpuan penuh kepada bahagian pengurusan Axis Esports pada tahun ini.

Laphel yang sebelum ini merupakan jurulatih dan penganalisis Bosskurr berkata dia kini memegang jawatan yang berkaitan dengan pembangunan perniagaan Axis Esports.

“Saya akan mengurus Axis Esports dan dalam masa yang sama mencari penaja bagi pasukan ini.

“Selain mengurus pasukan Mobile Legends, saya juga akan mengurus skuad e-sukan yang lain juika diperlukan,” kata Laphel ketika dihubungi What’s The Meta Today.

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr

Laphel menyertai Bosskurr selepas tamat Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Ketiga pada tahun lalu.

Laphel turut melatih skuad Mobile Legends Bosskurr ketika saringan pemilihan atlet-atlet negara ke Temasya Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila, Filipina.

Menerusi kejohanan berprestij itu, Laphel berjaya membimbing anak-anak buahnya untuk meraih pingat gangsa bagi kategori e-sukan Mobile Legends, yang pertama kali dipertandingkan dalam Sukan SEA.

Selain menjadi penganalisis dan jurulatih, Laphel juga berbakat dalam bidang pengulasan. Dia terpilih untuk mengulas MPL Malaysia dan Singapura pada Musim Keempat.

Laphel berkta meski dia memikul tanggungjawab sebagai pengurus, Laphel turut akan menjadi pengulas e-sukan pada tahun ini.

Sementara itu, posisi jurulatih Laphel kini diisi bekas jurulatih TODAK, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved