Connect with us

Mobile Legends

Hari terakhir untuk dapatkan skin epik Rakshesha Hanabi

Published

on

Foto: Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Hari ini adalah hari terakhir bagi pemain e-sukan Mobile Legends untuk memiliki kulit epik hero Marksman Hanabi, iaitu Rakshesha.

Kulit edisi terhad itu hanya boleh dimiliki menerusi cubaan di bahagian cabutan Lucky Box Mobile Legends. Ia mula diperkenalkan pada 3 Januari lalu.

Hanabi merupakan hero marksman yang pakar dengan teknik ninja Supreme Grandmaster, Scarlet Shadow sejak kecil lagi.

Dia mempunyai bakat luar biasa sejak kecil lagi, sehingga mengatasi kemampuan rakan-rakan sebayanya, sehingga dia bertemu dengan ninja bayangan yang bernama Hayabusa.

Ia merupakan kali pertama Hanabi menemui seseorang yang boleh bersaing pada tahap yang sama dengannya.

Setiap kali bulan mengambang, Hanabi akan mencari peluang untuk melakukan provokasi kepada Hayabusa untuk bertarung dengannya.

Walau bagaimanapun, Hanabi sering kalah dalam setiap pertarungan dengan Hayabusa.

Hanabi mempunyai 3 skil Ninjutsu iaitu Equinox, Petal Barrage dan Soul Scroll.

Hanabi turut mempunyai satu skil Jutsu terlarang, itu Higanbana.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved