Connect with us

Mobile Legends

Saya nak buktikan kepada RSG, yang saya lagi baik daripada Rippo

Published

on

Foto: WTM Today /Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Pemain EXP Laner Team Haq, Iris, melahirkan rasa kesyukuran apabila dia diletakkan di barisan utama pasukan itu untuk bermain dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ke-12 2023 (MPL MY S12) .

Jelas Iris, dia mempunyai pembuktian yang dia mahu lakukan kepada bekas pasukannya, RSG MY.

“Saya lega yang saya bukan lagi pemain simpanan.

“Saya nak tunjuk kepada RSG yang saya lebih baik daripada Rippo.

“Rippo, saya akan ‘bantai’ anda,” kata Iris kepada media selepas tamat perlawanan.

Pada petang tadi, Team Haq menunjukkan satu mutu persembahan yang berkualiti pada hari ini sehingga melakukan comeback menentang Team Secret dan menang 2-0.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved