Connect with us

PUBG Mobile

#RoadToSEAFINAL: Hensem tak bermaksud skil dia power – Mosgoku

Published

on

Adakah posisi Mosgoku (kanan) akan tergugat dengan jurulatih Damansara Esports (Sean Tann)?

KUALA LUMPUR – Kapten pasukan PUBG Mobile Damansara Esports Mosleh Subairi (Mosgoku) tidak gentar jika terdapat kemungkinan sama ada posisinya akan diambil alih oleh jurulatih Sean Tan Jien Rhen (Badman) sebagai pemain pada masa akan datang.

Mosgoku berkata rupa paras seseorang itu tidak menjamin skil sebagai pemain dalam perlawanan.

“Kacak tidak bermaksud skil dia tinggi. Kami boleh lawan dia (Badman). 1 lawan 4 bukan?” kata Mosgoku.

BACA: BadMan mahu main PMPL pada musim akan datang

Dia berkata demikian dalam rancangan ‘PMPL Talk Show : Extra Pedas’ ketika ditanya hos, Azrul Anwar (J Hunter) mengenai hasrat Badman untuk menjadi pemain.

“Badman mahu menjadi pemain. Tapi sekarang dia jurulatih (Damansara Esports).

“Anda tidak takutkah posisi anda sebagai pemain akan diambil (ditukar) jika pihak pengurusan suruh tukar peranan?

“Tidak kira posisi pemain yang mana, jika Badman ditukar menjadi pemain. Dia kacak, korang (anda) tak kacak,” tanya J Hunter dengan nada bergurau.

Lantaran itu, Mosgoku menjawab:”Kacak tidak bermakna skil dia tinggi.”

Sebelum ini, Badman pernah berkata dia boleh memberi impak yang lebih besar kepada sesebuah pasukan itu jika dia diberi peranan sebagai pemain.

Jelas Badman, dia mengimpikan untuk bermain di kejohanan dunia paling berprestij dalam PUBG Mobile iaitu, Kejohanan Global.

BACA: “Saya tak nampak diri saya main PUBG PC dalam 10 tahun akan datang” – Badman

Selain Mosgoku, episod khas PMPL Talk Show itu turut mengumpulkan beberapa pemain yang berjaya mara ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Foto: PUBG Mobile

Antaranya Khairunnazri Masli (Boyka), Muhammad Imran Rosli (Vokey), Muhammad Afiq Abdul Aziz (Yakuza), Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (Uhigh) dan Amirol Hakiem Sabaruddin (Kim).

Selain itu, Mosgoku dalam episod yang sama turut melahirkan keyakinan bahawa pasukannya satu hari nanti boleh mengatasi gergasi tanah air Yoodo Gank dan Team Secret Malaysia.

Tonton: Video penuh ‘PMPL Talk Show : Extra Pedas’

Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua bakal menentukan siapa yang bakal mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara.

Dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mara ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) 2020.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Tonton Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua di Facebook PUBG Mobile dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved