Connect with us

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinals: Yakuza dedah punca prestasi EVOS VIP menurun di peringkat liga

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile, Muhammad Afiq Abdul Aziz (Yakuza) dari pasukan EVOS VIP mendedahkan punca penurunan prestasi EVOS VIP pada peringkat awal Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Menurut Yakuza yang merupakan kapten pasukan EVOS VIP perancangan dan strategi yang tidak menjadi punca kemorosotan pasukannya.

Jelas Yakuza, masalah juga bukan berpunca dari segi pertukaran barisan pemain.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

“Bukan lineup (penukaran pemain) yang tak jadi, tapi strategi yang tak jadi,” kata Yakuza dalam rancangan bual bicara eksklusif ‘PMPL TalkShow : Extra Pedas’ pada semalam.

Yakuza turut menjelaskan isu yang sering terjadi sehingga menimbulkan konflik dari segi komunikasi pemain EVOS VIP pada peringkat liga.

“Pasukan kami mempunya dua ketua dalam permainan (igl) .

“Salah faham sering berlaku dalam kalangan pemain sekiranya ada konflik maklumat antara kedua-dua igl tersebut.

“Masalah komunikasi juga sering timbul apabila kami sering membandingkan strategi dan taktik yang dipraktikkan sewaktu berada di pasukan lama,” jelas Yakuza.

Menurut Yakuza, EVOS VIP yang mengakui dan menyedari kesilapan yang dilakukan pada peringkat liga berhasrat untuk mempamerkan aksi cemerlang di peringkat akhir PMPL MYSG pada jam 3 petang nanti.

Mampukah EVOS VIP yang dibarisi Muhamad Afiq Abdul Aziz (Kuza), Ahmad Danial Haiqal (Hyqul), Wan Muhammad Irfan (Razor), Muhammad Abdul Samad (xSamzie) dan Muhammad Danial Shahrom (LUXXY98) melayakkan diri ke peringkat Asia Tenggara (PMPL SEA)?

Saksikan PMPL MY/SG Musim Kedua secara eksklusif di laman Facebook PUBG Mobile nanti bermula jam 3 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved