Connect with us

PUBG Mobile

“Saya tak nampak diri saya main PUBG PC dalam 10 tahun akan datang” – Badman

Published

on

Foto: WTM / Mariah Ahmad

KEPUTUSAN jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile Damansara Esports Sean Tan Jien Rhen (Badman) untuk beralih ke platform mudah alih adalah berikutan kesedarannya dalam membina karier e-sukan dalam jangka masa panjang.

Badman berkata suasana kompetitif pada platform mudah alih dilihat lebih meyakinkan terutama di Malaysia.

“Saya tidak nampak diri saya bermain PUBG (PC) untuk 10 tahun akan datang.

“Ia tidak lagi memberi motivasi kepada saya untuk terus bermain.

“PUBG Mobile tidak mempunyai banyak perbezaan dengan PUBG PC, cuma kita boleh lihat suasana di platform mudah alih lebih berjaya di Malaysia,”kata Badman ketika ditemui WTM Today selepas menghadiri rancangan PMPL Talk Show pada minggu lalu.

BadMan sebelum ini berkecimpung sebagai seorang pemain profesional Player Unknowns’ BattleGrounds (PUBG) bagi platform PC dan pernah mewakili negara dalam beberapa pertandingan antarabangsa seperti:

  • PUBG MY/SG Championship Qualifiers 2018 – Tempat Pertama (Team BAD)
  • Logitech G PUBG Masters 2018 Qualifiers – Tempat pertama (MSK Zeus)
  • Malaysian Cyber Games 2018 – Tempat Kelima (MML Esports)
  • PUBG SEA Championship MY Open Qualifiers 2018 – Tempat Pertama (MSK Zeus)

Jelas Badman, dia mengimpikan untuk bermain di kejohanan dunia paling berprestij dalam PUBG Mobile iaitu, Kejohanan Global.

“Saya boleh memberi impak yang lebih besar sebagai pemain. Selain melatih pasukan Damansara Esports, saya juga melalui latihan untuk diri saya sendiri.

“Saya mempunyai sasaran seperti pemain lain, iaitu memenangi kejohanan dunia,” kata Badman.

Pada 24 Ogos lalu, pihak PUBG Mobile Esports mengumumkan RM8 JUTA (AS$2 juta) bakal ditawarkan dalam kejohanan Global 2020 yang dijangka akan berlangsung pada November nanti.⁣

Menurut Pengarah Esports Global PUBG Mobile James Yang, kejohanan terbesar ini akan melibatkan pasukan profesional dari seluruh rantau termasuk Amerika Utara, China dan Asia Tenggara.⁣

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved