Connect with us

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinal: Dari tangga ke-14, RRQ Athena naik jadi Top 2

Published

on

95 MATA dalam satu hari.

Itulah kutipan mata terkumpul yang berjaya dilakukan jaguh Thailand, RRQ Athena pada hari kedua Grand Final Lige Profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL Thailand) sehingga berjaya memperbaiki kedudukan naik ke tempat kedua.

RRQ Athena yang sebelum ini berada pada kedudukan ke-14 melonjak 12 anak tangga untuk menemani pasukan Team Secret Thailand yang masih kekal di tempat pertama carta keseluruhan.

Prestasi cemerlang RRQ Athena yang kini berjaya mengutip 120 mata menghidupkan semula peluang cerah untuk ke kejohanan peringkat Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) .

Pasukan berpengalaman Thailand itu dilihat ingin mengekalkan rekod mereka dalam menyertai setiap kejohanan edisi Asia Tenggara.

Sejak 2018, RRQ Athena tidak pernah lagi ketinggalan untuk ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

BACA: #RoadToSEAFinal: RRQ Athena jatuh teruk ke nombor 14, Team Secret dominasi

Foto: PUBG Mobile Thailand

RRQ Athena yang dibarisi Pachachai Han (G9), Bawonchai Han (D2E), Navin Phrompitak (Senior), Wachirawit Ramangkool (Earnny) dan Pheeraphol Phumrat (Beer11) memulakan hari kedua Grand Final PMPL Thailand dengan baik apabila berjaya menamatkan pusingan pertama di tempat keempat dengan empat mata bunuh.

Mengekalkan konsistensi dari pusingan awal, RRQ Athena berjaya menamatkan tiga pusingan di tempat kedua dan mengutip Chicken Dinner yang pertama pada pusingan empat hari kedua Grand Final PMPL Thailand.

Bertitik tolak dari situ, pasukan Thailand yang pernah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) blok Timur itu terus menunjukkan corak permainan agresif sehingga berjaya mengutip 36 mata bunuh pada hari ini.

RRQ Athena juga hanya enam mata di belakang penyandang tempat pertama, Team Secret Thailand ketika ini.

Grand Final PMPL Thailand akan menutup tirai esok dengan dua slot akan diberikan kepada pasukan terbaik negara itu untuk ke SEA Final.

Sebelum ini, pasukan Power888 KPS telah disahkan akan ke SEA Final selepas memenangi peringkat liga PMPL Thailand Musim Kedua 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved