Connect with us

PUBG Mobile

iNaoki terlepas Grand Final kerana jaga ibu di Sabah – Pengurus

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain kelima Yoodo Gank Azmal Jasni (iNaoiki) kini berada di Sabah untuk menjaga ibunya, kata pengurus Yoodo Gank, Kevin Wong.

Kevin berkata dia meminta iNaoki untuk memberi tumpuan kepada ibunya meski Yoodo Gank kini sedang bermain pada peringkat Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

“Keluarga adalah kunci hidup. iNaoki perlu meluangkan masa untuk menjaga ibunya di Sabah. Dia tidak boleh ke Semenanjung kerana tiada siapa yang menjaga ibunya.

“Tapi dia dijangka akan kembali untuk berlatih bersama Yoodo Gank pada Oktober nanti,” kata Kevin ketika dihubungi WTM Today.

Pada 6 September lalu, iNaoki ada berkongsikan di laman sosialnya bahawa dia terpaksa pulang ke Sabah untuk melawat ibunya.

BACA: Man Parang kembali bermain, iNaoki ke Sabah lawat ibu

Berikutan itu, posisi iNaoki kemudiannya digantikan kapten Man Parang sehingga hari ini.

iNaoki yang merupakan antara pemain profesional yang berbakat besar dalam negara ini menyertai Yoodo Gank pada 4 Ogos, iaitu beberapa hari sebelum liga PMPL MYSG Musim Kedua bermula.

Yoodo Gank kini berada kedua di peringkat Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua dengan kutipan 135 mata.

Selepas 12 pusingan berlangsung, Yoodo Gank berjaya mengutip tiga Chicken Dinner dan 60 mata bunuh.

Pasukan yang sinonim dengan gelaran The One and Onleh itu sudah pun mendapat slot ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) selaku juara kejohanan itu pada musim lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved