Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Bigetron RA nombor 16, Boom pintas ION untuk kedudukan teratas

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Indonesia

Juara Dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Bigetron RA Timur gagal mencari rentak yang diperlukan pada peringkat Grand Finals Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL Indonesia) apabila tamat di tangga terakhir selepas 12 pusingan dipertandingkan.

Pada perlawanan hari kedua grand final semalam, Bigetron RA dilihat TooSoon (keluar awal) sebanyak tiga kali dan menyebabkan pasukan itu tidak berjaya mengumpul sebarang mata dalam pusingan-pusingan itu.

Situasi itu bagaimana pun tidak memberi kesan kepada Bigetron RA yang telah berjaya melayakkan diri ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) selaku penyandang tempat pertama PMPL Indonesia Musim Kedua yang lalu.

Sementara itu, persaingan di peringkat ranking teratas menyaksikan BOOM Esports berjaya memintas pasukan ION Esports dengan mengutip 109 mata secara keseluruhan.

BOOM Esports kini mendahului enam mata dengan penyandang tempat kedua, AeroWolf Limax.

BOOM Esports yang dibarisi Febrianto Genta Prakasa (Svafvel), Daffa Ramadhan (Ramones), Karistius Pufen Herja (Voker) dan Rizky Andikarama (Ikyar) merupakan pasukan berpengalaman dan pernah menyertai kejohanan Asia Tenggara PMCO Musim Luruh di China tahun lalu.

BACA: PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Finals

Foto: Facebook/ PUBG Mobile Esports Indonesia

Sementara itu, ION Esports ketika ini berada di tempat ketiga degnan 87 mata keseluruhan. Pasukan itu juga memegang rekod mata bunuh terbanyak iaitu 42.

Mampukah BOOM Esports sekali lagi melangkah ke arena kompetitif Asia Tenggara dan menempah slot ke PMPL SEA Finals ataupun pasukan-pasukan seperti ION Esports dan AeroWolf yang giat mengejar akan berjaya memintas BOOM?

Hanya dua slot kepada pasukan-pasukan terbaik Indonesia untuk ke SEA Final.

Jangan lupa saksikan Grand Final PMPL Indonesia yang akan menutup tirai esok di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved