Connect with us

PUBG Mobile

#RoadtoSEAFinal: Team SMG semakin pasti sertai Yoodo Gank, Team Secret MY

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Team SMG dilihat mempunyai potensi tinggi untuk mara ke Grand Final Liga Profesional (PMPL) Asia Tenggara (SEA Final) apabila berjaya mengutip 159 mata ketika ini dalam Grand Final PMPL Malaysia dan Singapura Musim Kedua 2020.

Team SMG yang mengutip tiga Chicken Dinner turut mencatatkan rekod mata bunuh tertinggi ketika ini iaitu 71 mata selepas tamat hari kedua grand final semalam.

Menerusi mata terkumpul itu, Team SMG yang berada di ranking pertama grand final meninggalkan kira-kira 24 mata di hadapan juara SEA Final Musim Pertama, Yoodo Gank yang ketika ini mempunyai 135 mata.

Perlawanan hari kedua semalam turut menyaksikan pasukan-pasukan underdog berjaya mendapatkan Chicken Dinner dari terus didominasi pasukan-pasukan gergasi PUBG Mobile Malaysia.

Berikut adalah kutipan Chicken Dinner Grand Final setakat ini:

Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 2 – Erangel – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 3 – Vikendi – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 4 – Sanhok – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 5 – Erangel – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 6 – Miramar – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 7 – Vikendi – Ezzy LX⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 8 – Miramar – Yoodo Gank ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 9 – Erangel – Team No Recoil⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 10 – Sanhok – Marlino⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 11 – Miramar – Team SMG⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 12 – Erangel – Team Bosskurr⁣⁣

Team SMG masih mengekalkan barisan utama pemain dari musim pertama PMPL MYSG namun menambah seorang pemain pada musim ini iaitu Fairul Iskandar Putra Muazamshah (Putra).

Berikut adalah senarai pemain Team SMG ketika ini:

  • Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity)
  • Mohamad Harith Iskandar Badrul Hisham (Bard)
  • Muhammad Danny Irfan Bakri (Jenny)
  • Fairul Iskandar Putra Muazamshah (Putra)
  • Aqil Yusli (Six)

Pasukan itu juga menerima khidmat jurulatih Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior) yang merupakan bekas pemain profesional PUBG PC yang pengalaman.

Berbaki lagi enam pusingan, Team SMG bersama pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik negara ini dalam misi mendapatkan slot ke SEA Final.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Saksikan pertarungan hari terakhir Grand Final PMPL MYSG yang akan bermula jam tiga petang nanti di Facebook PUBG Mobile dan anda juga mempunyai peluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved