Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Putra,Jenny merapatkan jurang kills dengan uHigh

Published

on

KUALA LUMPUR- Tinggal enam pusingan lagi untuk dipertandingkan, persaingan untuk merebut gelaran Terminator (pemain dengan mata bunuh tertinggi) semakin sengit apabila pemain-pemain pasukan Still Moving Under GunFire, Muhammad Danny Irfan (Jenny) dan Fairul Iskandar Putra (Putra) mula merapatkan jurang mata bunuh antara terminator liga, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY.

Hanya satu mata memisahkan Putra, Jenny dan uHigh untuk kedudukan teratas terminator pada hari kedua Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) semalam.

Pada masa yang sama, uHigh mempamerkan aksi yang kurang memberangsangkan pada hari kedua apabila hanya berjaya mengutip tiga mata bunuh secara keseluruhan semalam.

Berikut merupakan senarai pemain dengan kutipan mata bunuh tertinggi bagi peringkat Grand Finals setakat ini:

  • Secret uHigh- 23
  • SMG Putra-22
  • SMG Jenny-21
  • SMG Bard-19
  • Dingoz Bravo-18

Bertitik tolak dari situ, pemain yang dapat memberikan kesan bunuh tertinggi masih dipegang oleh pemain termuda Team Secret MY, uHigh yang berjaya memberi sebanyak 5073 kesan bunuh terhadap pihak lawan setakat ini.

Berikut merupakan senarai pemain yang dapat memberikan kesan bunuh tertinggi;

  • Secret uHigh-5073
  • SMG Putra-4730
  • TNR SinBPro- 4468
  • Dingoz Bravo-4061
  • Yoodo Draxx- 3978

Sementara itu, Putra dan Jenny berjaya memimpin pasukan SMG untuk beraksi cemerlang pada hari kedua peringkat Grand Finals semalam sehingga berjaya merebut kedudukan teratas carta keseluruhan daripada pasukan Yoodo Gank.

SMG kini berada di tangga teratas dengan 159 mata dan semakin pasti sertai pasukan Yoodo Gank dan Team Secret MY di PMPL SEA Finals nanti.

Saksikan pertarungan hari terakhir Grand Final PMPL MYSG yang akan bermula jam tiga petang nanti di Facebook PUBG Mobile dan anda juga mempunyai peluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved