Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Perlumbaan terminator, uHigh pintas Fredo dalam carta bunuh

Published

on

BERBAKI satu minggu lagi Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua 2020, perlumbaan carta terminator kini menjadi semakin hangat apabila terminator musim pertama, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY berjaya memintas pemain Yoodo Gank Ahmad Fuad Razali (Fredo) dalam carta bunuh keseluruhan liga.

Tamat minggu ketiga, UHigh berjaya mengutip 85 mata bunuh manakala Fredo berjaya mendapatkan 80 mata bunuh secara keseluruhan.

“Bocah ajaib” Team Secret itu berjaya mengutip 31 mata bunuh sepanjang minggu ketiga kejohanan untuk memintas Fredo yang berada di tempat kedua.

Pada minggu sebelumnya, Fredo masih mengungguli di kedudukan teratas carta bunuh dengan 59 mata bunuh secara keseluruhan.

BACA: PMPL: Fredo kuasai top kills, uHigh paling banyak damage, siapa paling power

Berikut merupakan carta bunuh keseluruhan liga setakat ini;

  • Secret uHigh – 85 mata bunuh
  • Yoodo Fredo – 80 mata bunuh
  • Secret Rex – 76 mata bunuh
  • SMG Putra- 76 mata bunuh
  • RSG IronPro-74 mata bunuh

Mampukah Fredo melakarkan kejutan dalam minggu terakhir kejohanan atau uHigh bakal mengekalkan konsistensi untuk dinobatkan sebagai terminator peringkat liga PMPL MYSG?

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

Pemenang Terminator liga akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM4,900 (AS$1200).

uHigh turut mengungguli carta kesan bunuh tertinggi apabila berjaya memberikan sebanyak 17 455 kesan bunuh terhadap pihak lawan.

Berikut merupakan senarai pemain yang berjaya memberikan kesan bunuh tertinggi;

  • Secret uHigh -17,455
  • Secret Madtoi -16,094
  • Yoodo Fredo -14,866
  • RSG SmallBoy -14,852
  • Geek Damrude -14,825

Gandingan uHigh dan Madtoi dari Team Secret MY sekali lagi mengungguli carta gandingan yang memberikan kesan bunuh tertinggi

Keserasian pemain yang memegang peranan rusher dan pemain support ini sememangnya tiada tandingan apabila berjaya memberikan 33,549 kesan bunuh terhadap pihak lawan.

Berikut merupakan senarai pemain yang berjaya memberikan kesan bunuh tertinggi;

  • uHigh & Madtoi (Team Secret) -33,549
  • IronPro & SmallBoy (Resurgence) -29,027
  • Draxx & Fredo (Yoodo)- 27,440
  • Ziso & Kim (TRX Elementus) -27,077
  • Bard & Putra (SMG) – 26,974

Gelaran Healer tertinggi masih disandang oleh pemain NED Brotherhood, Iskandar Zulkernien (Izz) yang berjaya untuk menyembuh 6446 daripada kesan bunuh.

PMPL MYSG masih lagi berlangsung untuk minggu terakhir, setiap hari Selasa sehingga Ahad bermula jam 5 petang dan 2 petang untuk hujung minggu.

PMPL MYSG yang berlangsung sehingga 27 September nanti menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved