Connect with us

PUBG Mobile

Permulaan kebangkitan TNR? Berkat pengalaman bermain di kejohanan global, Ryan pimpin kemenangan Chicken Dinner

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile dari pasukan No Recoil, Ryan Tan Jin Pang berjaya memimpin pasukannya untuk mengutip Chicken Dinner kedua bagi pasukannya dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Ryan yang juga ketua dalam pasukan No Recoil (igl), dilihat menggunakan pengalamannya di pentas global untuk melancarkan serangan strategik terhadap pasukan lawan bagi bulatan-bulatan terakhir.

Pada pusingan ke-71 PMPL MYSG Ryan berjaya menewaskan dua pemain terakhir pasukan NED Brotherhood Eypul dan Izz dalam bulatan-bulatan akhir perlawanan sekaligus menjadi kunci kemenangan pasukan Team No Recoil.

Pujian juga harus diberikan kepada ahli-ahli pasukan lain, Stewart Kuang (Stewart9k), Sau Puey Neo (SinBPro), Sean Tee (Insomnus) yang memaparkan keserasian yang cemerlang untuk memenangi perlawanan dalam bulatan akhir tersebut.

Foto: PUBG Mobile
View this post on Instagram

PMPL: Lagi satu pasukan yang pastinya tidak mahu ketinggalan dalam Top 16, Team No Recoil!⁣ ⁣ Keputusan Chicken Dinner:⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 67 – Sanhok – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣ Pusingan 68 – Miramar – Team SMG⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 69- Vikendi – Team Bosskurr⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣Pusingan 70 – Erangel – Team SMG⁣⁣ Pusingan 71 – Miramar – Team No Recoil⁣ ⁣⁣ Ikuti WTM di platform media sosial kami: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Foto/Video: @PUBGMOBILEMYOFFICIAL⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pubgmobile #pmplymysg #PMPL2020 #PMPLS2 #BeTheOne⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Saat Chicken Dinner Kedua Team No Recoil

Berbaki satu minggu lagi dalam peringkat liga, mampukah pasukan No Recoil berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir PMPL MYSG?

Dengan prestasi memberangsangkan dari Team No Recoil, pasukan mereka kini melonjak dari tangga ke-21 hingga ke-17 dalam tempoh tiga hari permainan memintas pasukan-pasukan lain seperti TARA Assasino, AKA Esports dan 8GMT.

Pasukan No Recoil kini berada di tempat ke-17 dalam carta keseluruhan dengan catatan 297 mata sepanjang 48 pusingan yang dipertandingkan setakat ini.

Ryan, seorang bekas pemain profesional bagi pasukan Taiwan, Unicorn Gaming (UNG) sebelum ini pernah menyertai peringkat akhir kejohanan PMCO Musim Luruh di Kuala Lumpur, Malaysia dan menempatkan diri di tempat ke-13.

Di bawah pasukan UNG, Ryan turut pernah meraih kejayaan-kejayaan seperti:

  • Tempat pertama kejohanan PMCO Musim Luruh rantau WildCard
  • Tempat kedua kejohanan PMCO Musim Bunga Taiwan
  • Tempat kedua PUBG Mobile Taiwan Challenge Cup 2019

Pemain support Team No Recoil, Sau Puey Neo (SinBPro) alam satu posting melalui Instagram story peribadi berkata penambahan Ryan sebagai penambahbaikan dari segi pertarungan jarak dekat.

SinBPro turut mengharapkan bahawa pasukan mereka mampu layak ke peringkat akhir PMPL SEA nanti.

Foto: Instagram/just_me_sinb

Sememangnya pasukan Team No Recoil memaparkan aksi-aksi pemain-pemain berpengalaman yang pernah beraksi di kejohanan antarabangsa seperti SinBPro, Stewart9k dan Ryan.

SinBPro dan Stewart9k juga merupakan bekas pemain profesional bagi organisasi Team Secret MY dan pernah bertanding dalam kejohanan kelayakan PMCO Musim Luruh.

Stewart Kuang, atau lebih dikenali sebagai Stewart9k turut pernah berada dalam kelompok 13 pemain terbaik kejohanan kelayakan PMCO Musim Luruh di Berlin tahun lalu.

Sumber: clubopen.starladder.com

Pasukan Team No Recoil sebelum ini pernah mendapat tempat ke-11 dalam peringkat akhir PMPL MYSG Musim Pertama.

Mampukah pasukan Team No Recoil layak ke peringkat akhir pada kali ini seterusnya mewakili negara di pentas Asia Tenggara?

Saksikan pasukan No Recoil dan 23 pasukan lain di Liga PMPL MYSG dalam minggu terakhir

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved