Connect with us

PUBG Mobile

Akaun Instagram, Facebook peribadi Vokey digodam

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

AKAUN media sosial Instagram dan Facebook peribadi pemain PUBG Mobile Imran Rosli (Vokey) dipercayai telah digodam pada petang tadi.

Pentadbir Facebook Vokey Gaming berkata pihaknya memohon maaf bahawa penstriman langsungnya tidak dapat dijalankan berikutan masalah teknikal itu.

“Dukacita untuk kami maklumkan bahawa akaun peribadi Facebook dan Instagram Vokey telah digodam.

“Saya berharap anda terus memberi sokongan kepadanya dan maafkan Vokey jika dia tidak dapat menghiburkan anda menerusi penstriman langsung dalam masa terdekat ini.

“Jika terdapat pesanan masuk dari Vokey, sila berhati-hati dan jangan menjadi mangsa penipuan,” kata pentadbir Vokey dalam satu kenyataan petang Rabu.

Vokey merupakan antara pemain pasukan profesional Resurgence MY yang sedang menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Kedua.

Dia mempunyai lebih 471,000 pengikut di Facebook setakat ini.

Berdasarkan permahatian WTM Today, Instagram Vokey ketika ini dilihat seperti telah dinyahaktifkan dan kesemua gambar dan video di akaun media sosial itu tidak dipaparkan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved