Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: ‘Budak Milo’ buat hal lagi, uHigh catat 35 kills dalam Grand Final

Published

on

Barisan pemain-pemain yang menduduki carta Terminator Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua 2020. uHigh (tengah) dipilih sebagai MVP Grand Final dengan catatan 35 mata bunuh. - Foto WTM Today

GRAND Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua telah pun menutup tirainya pada semalam dengan menyaksikan gergasi Malaysia, Team Secret MY muncul sebagai juara.

Team Secret MY yang memperoleh 232 mata secara keseluruhan berjaya mempertahankan gelaran juara itu yang sebelum ini diraih pada grand final musim pertama.

Dalam aksi grand final yang berlangsung selama tiga hari itu turut menyaksikan pemain termuda Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dipilih sebagai pemain terbaik (MVP).

Pemain berusia 16 tahun itu mencatat rekod mata bunuh paling banyak iaitu 35 mata, meninggalkan 7499 kesan musnah kepada musuh dan berjaya untuk hidup dalam perlawanan selama dua jam empat minit dan lima saat sepanjang 18 pusingan berlangsung di grand final.

BACA: Grand Final PMPL: Team Secret MY pertahanan kejuaraan, kutip 232 mata

Menerusi kemenangan sebagai MVP itu, uHigh membawa pulang kira-kira RM8,000 (AS$2,000).

Sebelum ini, uHigh juga dipilih sebagai Terminator peringkat liga dengan catatan 104 mata bunuh.

Selain uHigh, beberapa pemain PUBG Mobile tersohor tanah air juga dilihat memberikan saingan yang sengit dalam merebut gelaran MVP Terminator itu, termasuk pemain-pemain dari pasukan The One and Oleh Yoodo Gank dan Dingoz MZ.

Berikut adalah ranking terminator Grand Final:⁣

  1. Secret uHigh – 35 mata bunuh
  2. Dingoz Bravo – 31 mata bunuh
  3. Secret REX – 30 mata bunuh
  4. Yoodo Jumper -29 mata bunuh
  5. Yoodo Fredo – 29 mata bunuh

Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM600,000 (AS$150,000) itu juga menyaksikan dua pasukan Malaysia berjaya mendapatkan slot ke Kejuaraan Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 iaitu Team SMG dan Geek Fam.

Sebelum ini dua pasukan Malaysia disahkan akan ke SEA Final iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada dua minggu lalu.

Keempat-empat pasukan Malaysia itu dijangka akan menyertai gelanggang terbaik Asia Tenggara SEA Final itu pada 25-27 Oktober nanti.

Berikut adalah senarai pasukan yang disahkan akan menyertai SEA Final 2020:

  1. Yoodo Gank (Malaysia)
  2. Team Secret MY (Malaysia)
  3. Team SMG (Malaysia)
  4. Geek Fam (Malaysia)
  5. Power888 KPS (Thailand)
  6. Team Secret TH (Thailand)
  7. RRQ Athena (Thailand)
  8. Bigetron RA (Indonesia)
  9. AURA Esports (Indonesia)
  10. Aerowolf LIMAX (Indonesia)
  11. VGaming (Vietnam)
  12. Box Gaming (Vietnam)
  13. Xavier Team (Vietnam)
  14. Yangon Galaticos (Myanmar)
  15. All-Star Team Punyat (Filipina)
  16. Iconic PH (Filipina)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved