Connect with us

PUBG Mobile

Grand Final PMPL: Team Secret MY pertahanan kejuaraan, kutip 232 mata

Published

on

KUALA LUMPUR – Gergasi PUBG Mobile Malaysia, Team Secret MY mempertahankan kejuaraan Grand Final PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) selepas mengutip 232 mata secara keseluruhan pada hari ini.

Menerusi kemenangan musim kedua itu, Team Secret MY membawa pulang kira-kira RM62,000 (AS$15,000).

Pasukan itu juga berjaya mendapatkan empat Chicken Dinner dari 18 pusingan yang dipertandingan di grand final.

Berikut adalah senarai kutipan Chicken Dinner Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua:

Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 2 – Erangel – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 3 – Vikendi – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 4 – Sanhok – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 5 – Erangel – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 6 – Miramar – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 7 – Vikendi – Ezzy LX⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 8 – Miramar – Yoodo Gank ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 9 – Erangel – Team No Recoil⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 10 – Sanhok – Marlino⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 11 – Miramar – Team SMG⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 12 – Erangel – Team Bosskurr⁣⁣
Pusingan 13 – Sanhok – Dingoz ⁣⁣⁣MZ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 14 – Erangel- Team Secret MY ⁣
⁣⁣⁣Pusingan 15 – Miramar- Geek Fam⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣Pusingan 16 – Vikendi- Team Secret MY⁣⁣⁣
⁣⁣⁣Pusingan 17 – Erangel – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣
Pusingan 18 – Miramar – Dingoz MZ⁣⁣

Team Secret MY terdiri daripada pemain-pemain yang berbakat besar iaitu, Raymond Tan Boon Sheng (iShotz), Aekachai Areesanan (Madtoi), Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Asyam Allam Hafiz Syayuti dan Jiunn Jie Kow (BiuBiu).

Musuh ketat Team Secret MY, Yoodo Gank berada di tangga kedua dengan 196 mata dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM41,000 (AS$10,000).

Sementara itu, kedudukan tempat ketiga dan keempat Grand Final dimiliki Team SMG dan Geek Fam.

Kedua-dua pasukan yang masing-masing mengumpul 179 mata dan 176 mata itu mendapat slot ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 yang akan diadakan kelak.

Team SMG dan Geek Fam akan ke SEA Final bersama Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Berikut adalah senarai ranking dan pembahagian hadiah wang terkumpul Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua 2020:

  1. Team Secret MY – RM62,000 (AS$15,000)
  2. Yoodo Gank – RM41,000 (AS$10,000)
  3. Team SMG – RM31,000 (AS$7,500)
  4. Geek Fam – RM18,000 (AS$4,500)
  5. Team No Recoil – RM12,000 (AS$3,000)
  6. Dingoz MZ – RM8,000 (AS$2,000)
  7. Axis NRL MPX – RM4,500 (AS$1,100)
  8. Resurgence – RM3,700 (AS$900)
  9. Marlino – RM3,100 (AS$750)
  10. Ezzy LX – RM3,100 (AS$750)
  11. Damansara Esports – RM3,100 (AS$750)
  12. Team Bosskurr – RM3,100 (AS$750)
  13. EVOS VIP – RM3,100 (AS$750)
  14. TRX Elementus – RM3,100 (AS$750)
  15. J8 Esports – RM3,100 (AS$750)
  16. NED Brotherhood – RM3,100 (AS$750)

Grand Final PMPL MYSG telah berlangsung sejak Jumaat lalu dan menyaksikan 16 pasukan terbaik Malaysia berusaha keras untuk mendapatkan gelaran juara dan slot ke gelanggang Asia Tenggara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved