Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Team Secret di ambang penyingkiran, NaVi, A1 dekatkan jurang

Published

on

Foto: Instagram/Team Secret

SITUASI terkini bagi persaingan kelayakan Grand Final PUBG Mobile Global Championship (PMGC) dilihat semakin genting atau seperti telur di hujung tanduk bagi pasukan negara, Team Secret MY.

Pasukan-pasukan pihak lawan seperti Natus Vincere dan A1 Esports semakin pantas merapatkan jurang mata antara pasukan tempatan, Team Secret MY yang berada di ranking ke-14, sepanjang dua hari Super Weekend berlangsung.

Team Secret MY yang gagal layak ke Super Weekend terakhir selepas kekurangan 3 mata hanya mampu menunggu keputusan keseluruhan liga yang bergantung pada keempat-empat pasukan tersebut.

Team Secret yang mempunyai 205 mata secara keseluruhan bagi peringkat liga dikejar rapat oleh empat pasukan yang lain iaitu Aerowolf Limax (169 mata), BlueBees (169 mata), A1 Esports (179 mata) dan Natus Vincere (189 mata).

Berikut merupakan jurang mata antara Team Secret MY dengan pasukan-pasukan yang berpotensi untuk memecut mereka;

  • Natus Vincere- 16 mata
  • A1 Esports- 26 mata
  • BlueBees- 43 mata
  • Aerowolf- 43 mata

Keberangkalian realistik Team Secret MY layak ke Grand Final PMGC

Team Secret MY masih mempunyai peluang untuk layak ke peringkat akhir sekiranya dua daripada empat pasukan di atas gagal memecut 205 mata.

Natus Vincere– Pasukan NaVi mempunyai harapan yang tertinggi untuk layak ke peringkat Grand Final PMGC dan secara realistik akan bakal memotong pasukan tempatan, Team Secret MY selepas hanya perlu mengutip 16 mata sepanjang lima pusingan terakhir pada hari ini.

A1 Esports– Meskipun hanya memerlukan 26 mata, misi kelayakan A1 Esports ke Grand Final tidak nampak begitu mudah akibat prestasi yang kurang memuaskan, apabila hanya berjaya mengumpul 22 mata pada hari kedua peringkat Super Weekend kelmarin.

Aerowolf Limax- Semakin mendapat rentak, pasukan Indonesia ini merupakan antara pencabar utama bagi Team Secret MY bagi misi kelayakan ke Grand Final PMGC selepas hari kedua yang cemerlang daripada pasukan mereka.

BlueBees– Kini berada di tangga ke-17 Super Weekend, pasukan dari Jepun ini beraksi dengan kurang cemerlang selepas hanya berjaya mengutip 20 mata setakat dua hari ini.

Saksikan sama ada pasukan negara yang dibarisi Asyam Allam (Rex), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHIgh), Aekechai Areesanan (Madtoi) dan Raymond Tan (iShotz) berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir PMGC yang akan diadakan pada bulan Januari nanti.

PMGC Super Weekend terakhir bakal menutup tirai hari ini, tonton aksi pasukan-pasukan terhebat dari seluruh dunia pada jam 7 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved