Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: A1 Esports, Blue Bees toosoon, Team Secret ke Grand Final

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Team Secret MY sah mengunci slot ke Grand Final kejohanan PUBG Mobile Global Championship apabila berjaya mengekalkan kedudukan kelompok 16 terbaik pada peringkat liga Super Weekend.

Team Secret MY yang mengutip 205 mata pada peringkat Super Weekend PMGC berpeluang untuk beraksi di peringkat final dunia selepas dua pasukan yang memberi ancaman kepada kedukukan pasukan itu, iaitu Blue Bees dan dan A1 Esports tersingkir awal dalam perlawanan akhir Super Weekend 4.

Pasukan Bangladesh A1 Esports dan pasukan Jepun Blue Bees masing-masing mengutip 181 dan 187 mata pada pusingan Erangel seketika tadi.

Kedua-dua pasukan itu berada di ranking ke-17 dan ke-18 pada peringkat Super Weekend.

Selain berjaya mendapatkan slot ke final PMGC, Team Secret membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM18,000 (AS$4,500) dan akan membawa nama negara ke Final PMGC nanti.

Pasukan tanah air itu dijangka akan beraksi di final pada Januari 2021.

Peringkat liga PMGC menyaksikan pasukan China 4AM, muncul sebagai pemenang tempat pertama dan membawa pulang kira-kira RM 1.2 Juta (AS$ 300,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved