Connect with us

PUBG Mobile

4AngryMen juara peringkat liga Global Championship, bawa pulang RM 1.2 Juta

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile

JAGUH China, pasukan 4AngryMen muncul sebagai pemenang tempat pertama bagi peringkat liga kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020.

Selepas empat minggu berlangsung peringkat liga, 4 Angry Men yang dianggotai Feng Shujie (Suk), Xinhe (Li He), Wu Chunjian (Hasaki) dan Zhong Hongsen (33Svan) berjaya mengutip sebanyak 631 mata secara keseluruhan.

Pasukan 4AM juga berjaya mengutip 298 mata bunuh secara total.

Menerusi kemenangan tempat pertama itu, 4AM berjaya membawa pulang kira-kira RM 1.2 Juta (AS$ 300,000).

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports

Sementara itu, wakil Malaysia Team Secret MY juga berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PMGC dengan berada di ranking ke-16 dengan 205 mata secara keseluruhan.

Menerusi kedudukan itu Team Secret MY akan membawa pulang kira-kira RM18,000 (AS$4,500) dan akan membawa nama negara ke Final PMGC nanti.

Kejohanan PMGC menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta)

Kejohanan PMGC akan kembali lagi pada 21 Januari bagi peringkat final kejohanan berprestij itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved