Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Apa nasib Team Secret MY selepas tak layak ke Super Weekend 4?

Published

on

Foto: PUBG Mobile

SAYANG sekali bagi jaguh PUBG Mobile tempatan, Team Secret MY yang gagal melayakkan diri ke minggu terakhir peringkat Super Weekend kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Hanya tiga mata memisahkan pasukan negara di ranking ke-17 dengan pasukan Bangladesh, A1 Esports di ranking ke-16 untuk mendapatkan slot kelayakan ke peringkat Super Weekend.

Team Secret MY berjaya mengutip 48 mata secara keseluruhan pada League Play kali ini termasuk kutipan 20 mata bunuh dan hampir melakukan kebangkitan semula selepas tamat di kelompok lima pasukan terbaik dalam dua pusingan terakhir.

Foto: PUBG Mobile Esports

Walaubagimanapun, pasukan negara harus akur dengan kehebatan pasukan luar selepas dua hari peringkat League Play dan lapan pusingan permainan berlangsung.

Namun, apakah nasib Team Secret MY selepas gagal melayakkan diri ke minggu terakhir peringkat Super Weekend?

Team Secret masih mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke Grand Final PMGC

Foto: esports/pubgmobile

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, hanya empat daripada lima pasukan yang berikut berpeluang untuk memintas pasukan negara, Team Secret MY (205 mata) dalam minggu terakhir peringkat Super Weekend.

  1. Zeus Esports- 156 mata
  2. BlueBees- 142 mata
  3. A1 Esports- 115 mata
  4. Natus Vincere -106 mata
  5. Aerowolf Limax- 87 mata

Jika pasukan-pasukan itu berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik, mereka perlu memintas kedudukan Team Secret MY, yang pada ketika ini berada di tempat ke-13 Super Weekend.

Penjelasan mengenai keberangkalian Team Secret MY untuk layak ke Final PMGC 2020:

Pasukan BlueBees dan Zeus Esports dijangka akan memecut pasukan Team Secret MY pada Super Weekend terakhir kerana jurang mata antara mereka yang begitu rapat, iaitu:

  • Jurang Mata Team Secret MY dan Zeus: 49 mata
  • Jurang Mata Team Secret MY dan BlueBees: 58 mata

Oleh hal yang demikian, kelayakan Team Secret MY ke peringkat Grand Final bakal ditentukan oleh prestasi Aerowolf Limax, Natus Vincere dan A1 Esports.

Dalam hal ini, A1 Esports memerlukan 90 mata untuk memintas Team Secret MY, manakala Natus Vincere dan Aerowolf memerlukan 99 mata dan 118 mata masing-masing.

Bertitik-tolak dari situ, Team Secret MY masih mempunyai peluang yang tinggi untuk menjejakkan kaki ke Grand Final PMGC yang dijangka akan bermula pada bulan Januari nanti.

Team Secret MY, yang dibarisi fragger Asyam Allam (Rex), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Raymond Tan (iShotz) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) berkemungkinan besar, akan membawa nama negara Malaysia untuk merebutkan gelaran juara dunia PUBG Mobile pada aksi Grand Final nanti.

Saksikan sama ada Team Secret MY mampu mempertahankan kedudukan mereka di kelompok 16 pasukan terbaik pada Super Weekend minggu terakhir kejohanan di laman Youtube, Facebook Gaming dan TwitchTV.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved