Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Ngeprank lagi? BTR dipintas 4AM dalam carta keseluruhan liga

Published

on

Foto: PUBG Mobile

SAINGAN untuk juara liga PUBG Mobile Global Championship semakin sengit, apabila jaguh China 4 Angry Men (4AM) berjaya memintas pasukan terbaik Indonesia, Bigetron Red Aliens dalam carta keseluruhan.

4 Angry Men (4AM) yang dibarisi Feng Shujie (Suk), Xinhe (Li He), Wu Chunjian (Hasaki) dan Zhong Hongsen (33Svan) beraksi dengan cemerlang semalam untuk mengumpul 497 mata secara total setakat ini, 1 mata sahaja di hadapan Bigetron Red Aliens.

Pada hari pertama bagi minggu Super Weekend terakhir, 4AM tampil mendominasi carta dengan dua kemenangan Chicken Dinner di peta Sanhok dan Erangel, sekaligus mencatatkan kutipan 77 mata bagi hari tersebut.

Pada masa yang sama, pasukan juara dunia, Bigetron RA masih belum menunjukkan rentak permainan yang konsisten apabila hanya berjaya mengutip 20 mata sepanjang permainan semalam dan gagal mempertahankan kedudukan mereka di puncak carta keseluruhan liga.

https://www.instagram.com/p/CI8YIvip9d5/

Berikut merupakan keputusan pemenang Chicken Dinner bagi hari pertama Super Weekend 4:

  • Erangel: 4AM
  • Vikendi: NaVi
  • Miramar- Zeus
  • Sanhok- 4AM
  • Miramar-KDA

Persaingan antara dua kuasa besar PUBG Mobile ini tidak berakhir di situ sahaja, apabila kedua-dua pasukan PMGC tersebut tampil dengan azam untuk merebut gelaran pemain terbaik (MVP) bagi peringkat liga.

Gelaran pemain terbaik akan diberikan kepada pemain yang mempunyai purata kesan bunuh, mata bunuh dan masa bermain yang paling lama.

Setakat ini, pemain Bigetron RA, Muhammad Albi (Ryzen) tampil sebagai calon utama gelaran MVP liga apabila berjaya mengutip bilangan mata bunuh terbanyak, iaitu 126 mata setakat ini.

Menyusul di belakang, Feng Shujie (Suk) dari pasukan 4AM berjaya mengutip 112 mata bunuh dan memberi 291 mata purata kesan bunuh terhadap pihak lawan.

Mampukah pasukan 4AM dari China mempertahankan kedudukan mereka di tempat pertama bagi peringkat liga ataupun jenaka “ngeprank” ahli pasukan Bigetron RA akan dihentikan?

Saksikan pasukan-pasukan terhebat dari seluruh dunia bertanding dalam Super Weekend terakhir PMGC nanti, pada jam 7 malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved