Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Berapa mata lagi Team Secret perlu untuk ke Grand Final?

Published

on

Foto: Instagram/ Team Secret

PASUKAN profesional PUBG Mobile negara, Team Secret MY bakal menghadapi cabaran sukar untuk melayakkan diri ke minggu terakhir peringkat Super Weekend kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) apabila pasukan itu kini berada di kedudukan ke-21 dalam carta League Play Minggu Keempat.

Team Secret perlu berada dalam kelompok 16 terbaik daripada 24 pasukan yang bertanding di peringkat dunia itu untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend bagi mengumpul mata kejohanan dalam misi kelayakan ke Grand Final PMGC.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, purata markah untuk layak ke peringkat Super Weekend sepanjang tiga minggu lepas adalah kira-kira 51 mata.

Oleh itu, pasukan tempatan, Team Secret MY yang kini mempunyai 16 mata harus mensasarkan sekurang-kurangnya 35 mata pada hari kedua League Play untuk menjejakkan kaki dalam peringkat Super Weekend untuk mengutip mata kejohanan.

Foto: PUBG Mobile Esports

Satu lagi pasukan besar yang belum mendapatkan rentak permainan pada minggu adalah jaguh China, Four Angry Men (4AM) yang menghuni tempat ke-19 setakat ini.

Kenapa Team Secret susah kutip mata?

Sepanjang permainan semalam, Team Secret MY dilihat mempunyai cabaran apabila melakukan penukaran koordinasi (rotation) untuk memasuki zon pertama yang berada jauh daripada lokasi mendarat pasukan mereka.

Contohnya dalam pusingan Miramar, Team Secret yang mendarat di perkarangan Water Treatment dan Hacienda del Patron mengalami kesukaran yang ketara apabila melakukan pergerakan ke kota Impala, yang berada kira-kira 3,000 meter di bahagian tenggara peta.

Dalam erti kata mudah, zon selamat tidak memihak kepada Team Secret dan pasukan itu perlu melakukan percaturan yang strategik dan pantas untuk hidup lebih dalam permainan.

Foto: Map Stream/ PUBG Mobile Esports

Begitu juga dengan pusingan Sanhok, apabila zon biru yang menyebelahi pasukan-pasukan yang mendarat di bahagian Utara peta menyukarkan pungutan mata kedudukan bagi Team Secret.

Mendarat di bahagian Selatan peta, Team Secret MY terpaksa melakukan penukaran posisi yang besar untuk masuk ke bahagian utara kepulauan utama dan terpaksa mengharungi beberapa pasukan luar seperti DRS Gaming, Natus Vincere dan lain-lain.

Pada pandangan editorial WTM Today, jika zon selamat tidak memihak kepada Team Secret MY, pasukan itu perlu memberi tumpuan dengan mengutip mata bunuh yang lebih banyak memandangkan format kiraan mata kedudukan bagi pasukan yang berada di tangga ke 13 -16 adalah kosong.

Di sinilah sebenarnya kekuatan Team Secret MY yang tidak gentar dan sentiasa memberi aksi kejutan apabila berdepan dengan pihak musuh.

Zon biru turut kurang menyebelahi pasukan tempatan pada hari pertama minggu keempat League Play.

Foto: Map Stream/ PUBG Mobile Esports

Namun demikian, misi kelayakkan Team Secret MY ke peringkat Grand Final PMGC sedikit sebanyak sudah pun tercapai.

Meskipun gagal melayakkan diri ke peringkat Super Weekend pada minggu kedua kejohanan, Team Secret MY yang kini menghuni tempat ke-13 secara keseluruhan mempunyai peluang yang agak cerah untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PMGC selepas sekurang-kurangnya melayakkan diri ke dua edisi Super Weekend.

Team Secret MY yang berjaya mengutip 205 mata ketika ini hanya perlu memastikan empat pasukan yang berada di bawah mereka seperti Zeus Esports, Natus Vincere dan lain-lain tidak mengatasi kedudukan sekiranya layak ke peringkat Super Weekend minggu ini.

Tumpuan perlu diberikan Natus Vincere yang ketika ini semakin mendapat rentak. Pasukan itu pernah mendapat dua Chicken Dinner berturut-turut pada peringkat Super Weekend 3.

Sementara itu, juara bertahan dari Indonesia, Bigetron Red Aliens masih lagi mendominasi carta keseluruhan liga dengan 476 mata dan akan berharap untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Pemain-pemain jaguh dunia itu juga sentiasa muncul sebagai pemain terbaik pada setiap minggu, iaitu Zuxxy pada hari pertama Made Bagas Pramudita  Super Weekend 1 dan Muhammad Albi (Ryzen) pada Super Weekend 1 dan 3.

Hari terakhir peringkat League Play akan bermula pada jam 7 malam nanti sebagai peluang terakhir untuk setiap pasukan bertanding mara ke Super Weekend 4 yang akan bermula Jumaat sehingga Ahad nanti.

Anda boleh memberi sokongan kepada pasukan pilihan dengan menonton Facebook Gaming, Youtube dan Twitch TV.

Kejohanan PMGC menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta).

1 Comment

1 Comment

  1. Abu bin Alibaba

    16th December 2020 at 4:50 PM

    U CAN DO IT TEAM SECRET! NEVER GIVE UP!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved