Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Bukan rezeki, Team Secret MY tidak layak ke Super Weekend

Published

on

Foto: Facebook/ Team Secret

BUKAN rezeki untuk pasukan profesional PUBG Mobile tempatan, Team Secret MY apabila tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat Super Weekend kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020 untuk minggu kedua.

Team Secret MY yang menduduki tempat ke-19 dengan 45 mata, tidak berada dalam kelompok 16 pasukan teratas untuk mara ke peringkat Super Weekend.

Pasukan Team Secret MY sebelum ini berjaya memasuki peringkat Super Weekend dan mengutip sebanyak 45 mata untuk menduduki tangga ke-14 secara keseluruhan.

Namun demikian, pada kali ini, Team Secret MY akan terlepas 15 pusingan secara total untuk menambah mata dalam ranking keseluruhan kejohanan PMGC.

Hanya 16 pasukan terbaik dalam peringkat Super Weekend boleh melayakkan ke peringkat akhir PMGC 2020 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Januari tahun hadapan.

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports

Pada masa yang sama, pasukan dari rantau China, 4AngryMen (4AM) berjaya menduduki tangga teratas bagi minggu kedua peringkat League Play sekaligus layak ke peringkat Super Weekend.

Juara dunia Liga PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens turut layak ke peringkat Super Weekend dengan menamatkan saingan di tempat kedua selepas dua hari bertanding.

Berikut merupakan senarai pemenang Chicken Dinner bagi hari kedua, minggu kedua League Play;

  • Sanhok- 4 Angry Men (4AM)
  • Vikendi-Konina Power
  • Erangel: Blue-Bees (BB)
  • Miramar- Alpha 7 Esports
  • Sanhok- Execute Esports
  • Vikendi- GodSent

Peringkat Super Weekend akan bermula pada hari Sabtu sehingga Isnin nanti.

Pasukan tempatan, Team Secret MY akan bermain lagi pada hari Jumaat, 4 Disember untuk menamatkan saingan mereka di peringkat Super Weekend bagi minggu pertama selepas ditangguhkan atas masalah-masalah teknikal.

BACA: PMGC: Super Wekeend ditangguhkan, masalah bekalan elektrik

Foto: PUBG Mobile Esports

Kejohanan PMGC menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved