Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Super Ryzen “menggila” dengan 12 kill, Bigetron RA terus dominasi

Published

on

Foto: Youtube/ Bigetron TV

JAGUH PUBG Mobile Indonesia, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) mendominasi hari pertama minggu kedua peringkat League Play dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020.

Bigetron RA yang dibarisi Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (Microboy) berjaya melakukan kebangkitan semula pada pusingan terakhir perlawanan semalam di Miramar apabila berjaya mendapat kemenangan Chicken Dinner dengan 20 kutipan mata bunuh.

Aksi agresif pasukan profesional tersebut dalam bulatan-bulatan akhir dan penaklukan kawasan tanah tinggi bukit-bukau Miramar menjadi antara kunci kejayaan mereka dalam menyingkirkan pasukan-pasukan seperti Execute Esports, Nova XQF dan GodSent.

Penukaran posisi yang bijak ke pergunungan La Bendita dari kota Pecado ternyata memberi faedah kepada Bigetron yang tidak kehilangan seorang anggota pemain pun sehingga pusingan tamat.

Pada masa yang sama, dua pemain Bigetron RA; Muhammad Albi (Ryzen) dan Made Bagas Prabaswara (Zuxxy) turut tersenarai dalam kalangan pemain terbaik bagi pusingan tersebut.

Aksi luar biasa daripada terminator Asia Tenggara, Ryzen, yang berjaya mengutip 12 mata bunuh dalam satu pusingan telah melonjakkannya kedudukannya dalam carta mata bunuh secara keseluruhan pada semalam.

Aksi cemerlang Ryzen sekaligus melonjakkan dirinya ke tempat pertama dalam kedudukan carta bunuh terkini, dengan pungutan 45 mata bunuh dan purata tembakan kepala sebanyak 11 peratus.

Ryzen turut ditemani gabungan kembar “Tachibana“, Zuxxy dan Luxxy yang berjaya mengutip 39 mata bunuh, sekaligus menunjukkan dominasi Bigetron RA pada peringkat awal kejohanan PMGC ini.

Foto: PUBG Mobile Esports

Sementara itu, pemain China, Xu Yinjun (Jimmy) dari pasukan Nova XQF, mencatatkan rekod kesan bunuh (damage) tertinggi terhadap pihak lawan.

Pada semalam sahaja, Jimmy dengan mencatat 1287 kesan bunuh.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Hanya 16 pasukan terbaik dalam pusingan League Play akan layak ke peringkat Super Weekend untuk mengutip mata kejuaraan ke Final PMGC.

Pasukan tempatan, Team Secret MY kini berada di kedudukan ke-14 tamat hari pertama.

Hari kedua bagi minggu kedua peringkat League Play akan bersambung esok.

Anda boleh menontonnya di laman Facebook Gaming, Youtube dan Twitch TV.

Kejohanan PMGC menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved