PUBG Mobile
PMGC: Super Wekeend ditangguhkan, masalah bekalan elektrik

HARI ketiga peringkat Super Weekend bagi kejohanan PUBG Mobile Global Championships (PMGC) terpaksa ditangguhkan berikutan masalah bekalan elektrik yang dihadapi di studio utama penyiaran kejohanan itu.
Menurut pengumuman rasmi melalui laman Facebook, pihak penganjur mengesahkan bahawa siaran langsung hari ketiga kejohanan PMGC akan ditangguhkan kepada sama ada esok (30 November) atau pada hari Selasa (1 Disember).
“Tujuan kami adalah untuk memberikan pengalaman terbaik bagi semua pihak yang terlibat dan keputusan bagi menangguhkan pertandingan hari ini adalah keputusan yang paling rasional,” katanya dalam pengumuman rasmi melalui laman Facebook.

Pihak PUBG Mobile Esports juga berkata mereka menghargai kesabaran semua penonton dan peminat berhubung masalah yang dilalui.
Kejohanan PMGC menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta).
Hanya 16 pasukan yang mengumpul mata tertinggi pada peringkat Super Weekend berjaya melayakkan diri ke peringkat Final PMGC, yang dijangka akan bermula pada 24 Januari tahun hadapan.