Connect with us

Call of Duty Mobile

MPL: Siren Esports, Resurgence, Boss NV layak ke Musim Liga Musim Kelima

Published

on

Keputusan kelayakan Singapura yang berlangsung pada hujung minggu lalu. - Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Tiga pasukan Singapura, Siren Esports, Resurgence dan Notorious Villains (Boss NV) layak ke peringkat musim Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura.

Pasukan Siren Esports dan Resurgence mara ke peringkat seterusnya selepas masing menewaskan Boss NV 2-1 dan Osiris 2-0.

Manakala Boss NV yang hampir kecundang berjaya mendapatkan slot menerusi kemenangan 2-0 pada peringkat perlawanan gangsa dalam pusingan kelayakan Singapura semalam.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung pusingan penentu di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000.

Pusingan kelayakan Malaysia telah bermula dari 7 hingga 9 Februari yang lalu, manakala pusingan kelayakan Singapura telah berlansung pada hujung minggu lepas.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang menyertai MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima:

  • EVOS SG
  • TODAK
  • Geek Fam
  • Team Bosskurr
  • Boss Axis (Axis Esports) 
  • Orange Esports
  • Makan Cendul
  • Siren Esports
  • Resurgence 
  • Boss NV 

Musim Liga MPL Malaysia dan Singapura yang kelima dijangka akan berlangsung pada 29 Februari 2020.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved