Connect with us

Call of Duty Mobile

CODM:Lower bracker survivor, 21 Huntsmen menang slot wakil Malaysia ke Grand Final Kejohanan MSP

Published

on

Foto: Facebook / FPS Ranger

NO UPPER BRACKET NO PROBLEM.

Jaguh Call of Duty Mobile (CODM) tanah air 21 Huntsmen sekali lagi membuktikan pasukan itu mempunyai kualiti tersendiri selepas memenangi Kejohanan ESL MSP Kelayakan Malaysia pada semalam.

Meski 21 Huntsmen terpaksa bermula pada pusingan lower bracket, ia semestinya tidak memberi ruang kepada pasukan itu untuk berputus asa apabila mereka berjaya mengatur langkah ke Grand Final ESL MSP Kelayakan Malaysia.

Pemain 21 Huntsmen Abdul Hakiem Tajudi (Ranger) berkata mereka berlatih sekurang-kurangnya dua jam pada setiap malam bagi mengukuhkan corak permainan 21 Huntsmen.

“Pada setiap malam, kami berlatih selama dua jam sebagai satu pasukan.

“Kemudian kami juga menjalani latihan secara solo selama dua hingga lima jam,” kata Ranger dalam satu temu bual selepas tamat Kejohanan ESL MSP Kalayakan Malaysia semalam.

Menurut Ranger, 21 Hunstmen juga menerima sentuhan didikan jurulatih dari Singapura.

21 Hunstmen yang menewaskan pasukan Divinity MY 3-2 pada Grand Final turut memenangi slot ke Grand Final ESL MSP yang dijangka akan berlangsung pada 13 September nanti.

Grand Final ESL MSP yang akan disertai pasukan CODM Singapura dan Filipina menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM41,000 (AS$10,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved