Connect with us

Call of Duty Mobile

Mahu keluar zon selesa, Ikuto bakal ulas CODM ESL Malaysia

Published

on

Ikuto Radzi melihat peluang untuk mengulas e-sukan Call of Duty Mobile sebagai adalah salah satunya peluang untuk menguji kemampuannya sebagai seorang pengulas e-sukan. - Foto Facebook Ikuto

KUALA LUMPUR – Pengulas e-sukan popular tanah air, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto) bakal mengulas kejohanan Call of Duty Mobile (CODM) ESL Malaysia pada hari ini.

Ikuto berkata dia akan menggunakan peluang yang diberikan itu dengan sebaiknya sebagai satu cabaran untuk keluar dari zon selesanya.

“Bagi saya ini adalah peluang yang memang saya akan sambar. Walaupun nama saya mungkin dikenali di dalam dunia Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tetapi di dalam dunia CODM mungkin tiada yang tahu. 

“Ini bukanlah kali pertama saya mengulas untuk e-sukan yang luar dari zon selesa saya, tetapi ini adalah salah satunya peluang untuk saya menguji kemampuan saya sebagai seorang pengulas e-sukan. 

“Debaran itu masih terasa, sebelum saya menerima tawaran tersebut, saya sudah menyediakan ilmu yang diperlukan yang mengambil masa lebih kurang DUA minggu. Tapi masih banyak lagi yang saya perlu pelajari,” kata Ikuto ketika dihubungi What’s The Meta Today.

BACA: “Dulu abang dikenali sebagai pengulas ‘Gemuk Hitam’, kini…”

Ikuto berkata dia mahu mengekalkan satu standard pengulasan tersendiri dalam CODM sama seperti yang ditetapkan untuk dirinya dalam Mobile Legends. 

“Saya yakin ini adalah langkah pertama saya untuk menjadi pengulas e-sukan yang sebenar. Apa yang saya boleh katakan, saya bukanlah yang terbaik tetapi saya akan sentiasa memberikan yang terbaik,” kata Ikuto.

Ikuto bakal mengulas kejohanan itu bersama  Add Math dan Flicker pada jam 11 pagi nanti.

Kejohanan CODM ESL Malaysia yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM40,000 kini memasuki Round-of-16. Pasukan-pasukan yang terlibat adalah: 

  • 21 Huntsmen 
  • DAC 4
  • Rampage
  • Tiberr Gaming 
  • The.Doctor
  • Voltrex
  • WiB.Brotherhood 
  • MEA Esports
  • Divinity MY
  • Rendezvous
  • Victorious VIP
  •  RV Hope
  • Ghostfame Alpha 
  • Mysterious
  • Glorious Mavens Bravo 
  • Axis Esports 

Juara dari kejohanan ini akan mewakili Malaysia untuk kejohanan antarabangsa Garena World 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved