Connect with us

Call of Duty Mobile

COD Mobile: Kejohanan ESL Malaysia tawar wang terkumpul RM40,000

Published

on

Adakah anda pasukan Call of Duty Mobile terbaik di Malaysia bagi tahun 2020?

SYARIKAT penerbitan dan penganjuran kejohanan e-sukan, ESL Asia, bakal mengadakan satu kejohanan ESL Malaysia Call of Duty : Mobile (COD Mobile) Musim 1 yang menawarkan hadiah terkumpul RM40,000.

Kejohanan ESL Malaysia COD Mobile yang dibuka untuk semua rakyat Malaysia akan mengadakan dua pusingan kelayakan terbuka iaitu pada 8 dan 15 Februari nanti.

8 pasukan teratas bagi setiap kelayakan terbuka akan mara ke kejohanan utama dan akan bertanding dengan format penyingkiran ganda (Double Elimination) dengan pasukan terbaik akan dinobatkan sebagai juara. 

Juara bagi kejohanan ini juga berpeluang untuk mewakili Malaysia di kejohanan dunia Garena World 2020.

Pasukan-pasukan yang ingin bertanding boleh mendaftar bagi kelayakan terbuka di sini.

Kejohanan ESL Malaysia COD Mobile Musim 1 turut menyaksikan Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved