Connect with us

Mobile Legends

MPL Malaysia kenakan hukuman kepada Team Lunatix, Kid, Zippy

Published

on

Foto Kredit: Facebook / Lunatix, Kid, Zippy

INI ADALAH BAHAGIAN KEEMPAT LAPORAN BERITA WTM TODAY BERKAITAN ISU TEAM LUNATIX DAN PEMAIN-PEMAINNYA, KID, ZIPPY DAN DJ.

KUALA LUMPUR – Pihak penganjur Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL Malaysia) telah memberikan hukuman kepada pasukan Team Lunatix dan dua orang pemain import dari Myanmar, iaitu Hein Thu (Kid) , Kyaw Bo (Zippy) berhubung isu tular baru-baru ini.

Hasil siasatan MPL Malaysia mendapati, Zippy dan Kid telah melanggar kewajipan kontrak sebagai pemain Team Lunatix apabila meninggalkan gaming house pasukan tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan selepas sesi Roster Lock (Pedaftaran Pemain Secara Rasmi) dilakukan.

Bahagian 1: 3 Pemain ‘log out’ sebelum MPL, Lunatix rugi hampir RM10,000

Berikutan salah laku itu, MPL Malaysia telah mengeluarkan amaran rasmi kepada kedua-dua pemain itu untuk memenuhi keseluruhan kewajipan kontrak.

Bahagian 2: Kid buka mulut selepas dakwaan Team Lunatix

Sementara itu, Team Lunatix juga didapati gagal untuk memenuhi kewajipan kontrak pasukan apabila organisasi terbabit menangguhkan pembayaran balik kos penerbangan dan perjalanan pemain-pemain dari Myanmar itu ke Malaysia.

Menurut MPL Malaysia, Team Lunatix dikehendaki untuk memenuhi keseluruhan kewajipan kontrak pemain dan membayar tuntutan e-visa dan tiket penerbangan pemain dengan serta-merta.

Sementara itu, Jawatankuasa MPL Malaysia mengecualikan tindakan ke atas DJ memandangkan dia dan Team Lunatix bersetuju untuk membatalkan kontrak.

Dalam satu kenyataan yang sama, MPL Malaysia turut menjelaskan keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira faktor perbezaan budaya dan bahasa.

“Kami telah melaksanakan hukuman ini dengan mengambil kira kebajikan organisasi dan juga pemain.

“Tahun ini, jumlah pemain import MPL Malaysia adalah yang terbesar dan lebih banyak organisasi tempatan telah meningkatkan pelaburan terhadap ekosistem e-sukan MLBB.

“Justeru, kami juga akan berusaha untuk meningkatkan mutu dan pemahaman mengenai perpindahan pemain antarabangsa,” kata jawatankuasa MPL Malaysia hari ini.

Anda boleh baca kenyataan penuh MPL Malaysia di sini.

MPL Malaysia Musim Ke-12 akan bermula esok.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved