Connect with us

Mobile Legends

Moonton tak pernah halang organisasi e-sukan sertai kejohanan Wild Rift

Published

on

PENERBIT dan pembangun e-sukan mudah alih popular, Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Moonton tidak pernah menghalang mana-mana organisasi e-sukan untuk menubuhkan skuad e-sukan  selain permainannya.

“Dalam peraturan buku dan polisi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) tidak pernah menghalang mana-mana organisasi e-sukan untuk menyertai sebarang kejohanan Wild Rift atau e-sukan yang lain.

“Polisi MPL tidak pernah minta organisasi e-sukan untuk bersifat eksklusif.

“Contohnya, jika organisasi A mempunyai pasukan untuk bermain dalam MPL Indonesia, organisasi itu juga boleh bertanding dalam kejohanan Wild Rift,” kata sumber yang bekerja rapat dengan MPL, kepada WTM Today baru-baru ini.

BACA: Ura-ura ‘kontrak eksklusif’: Boleh je ada skuad Wild Rift dalam company sama

Menurut sumber lagi, jika mempunyai sebarang kontrak sekali pun, mana-mana organisasi mempunyai hak dan pilihan untuk menolak.

“Beberapa pasukan memang ada kerjasama kontrak komersial dengan Moonton.

“Mereka boleh menjana pendapatan dan faedah menerusi persetujuan itu dan terikat dengan syarat eksklusif untuk penjenamaan pasukan.

“Setiap pasukan yang menerima tawaran itu, boleh juga menolak dan tidak bersetuju dengan program komersial itu dan masih boleh terus bertanding dalam MPL,” tambahnya.

Menurut sumber lagi, mana-mana pasukan atau organisasi boleh sahaja bermain atau menyertai kejohanan Wild Rift ketika musim liga MPL dijalankan.

Sumber berkata demikian bagi menafikan ura-ura ‘kontrak eksklusif’ Moonton yang kononnya menyatakan mana-mana organisasi e-sukan yang menandatangani kontrak itu tidak dibenarkan mempunyai skuad e-sukan lain selain Mobile Legends.

Sebelum ini, salah satu gergasi e-sukan Indonesia yang menyertai MPL, Bigetron Esports juga telah mengesahkan skuad Wild Riftnya masih bernaung dalam syarikat yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Esports Edwin Chia (Starlest), pihaknya akan sentiasa menyokong pemain-pemain Wild Rift yang berada di bawah naungannya.

Moonton telah memperkenalkan liga MPL sejak 2017.

Ia telah diadakan di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Myanmar.

Pada awal Julai lalu, Moonton telah memperkenal edisi MPL baru di Brazil yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM62,000 (AS$15,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved