Connect with us

Mobile Legends

Ura-ura ‘kontrak eksklusif’: Boleh je ada skuad Wild Rift dalam company sama

Published

on

Bigetron Esports mengesahkan skuad e-sukan Wild Riftnya masih bernaung dalam syarikat yang sama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Esports Edwin Chia (Starlest), pihaknya akan sentiasa menyokong pemain-pemain Wild Rift yang berada di bawah naungannya.

“Skuad BTR Wild Rift masih berada dalam syarikat yang sama, kami akan sentiasa menyokong mereka sehingga ke penghujung perjuangan.

“Kami memulakan perjuangan bersama pada awal tahun lalu,” katanya kepada WTM Today.

Sementara itu, Edwin tidak mahu mengulas lanjut mengenai ura-ura yang mengatakan beberapa organisasi e-sukan termasuk Bigetron Esports perlu membubarkan skuad Wild Rift jika menandatangani kontrak eksklusif dengan Moonton.

Difahamkan ura-ura tersebut bermula dari akaun Twitter WRCompetitive yang menyatakan ‘kontrak eksklusif’ itu hanya membolehkan organisasi bertanding dalam kejohanan Mobile Legends.

https://www.instagram.com/p/CRGJ4Szsu5X/

WTM Today kini sedang mendapatkan kesahihan daripada Moonton mengenai perkara ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved