Connect with us

Mobile Legends

Syno tidak lagi bersama RSG

Published

on

LAGI pemain e-sukan meninggalkan organisasi RSG kali ini menerusi skuad MLBB.

Selepas hampir 5 bulan bersama, RSG memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain profesional Mobile Legends, Mohamad Amir Afdhal Ruzlan (Syno).

Syno menyertai RSG pada 4 Februari 2021. Dia dan pasukannya menerima jemputan terus untuk bertanding di MPL MY S7.

Dalam liga profesional Mobile Legends terbesar di Malaysia itu, Syno dan pasukannya muncul sebagai juara dan berjaya mara ke saingan peringkat Asia Tenggara, MSC 2021.

Syno dan RSG muncul sebagai TOP 4 dalam MSC 2021.

Syno sebelum ini menyertai Team Bosskurr pada Ogos 2019 dan telah bermain di MPL untuk tempoh beberapa musim.

Pada April 2018, Syno bersama pemain-pemain popular tanah air, Unta, ComeToPapa dan Error telah menubuhkan pasukan ICON MY.

Pada MPL Musim Ketiga 2018 ICON meraih tempat ke-tujuh dan tidak berkesempatan untuk beraksi pada pusingan penentu (playoff).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved