Mobile Legends
Moonton akan perkenal MPL Brazil

BUKAN lagi gah di Asia Tenggara, penerbit e-sukan mudah alih, Moonton bakal memperkenalkan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) di dalam masa terdekat.
Kira-kira 15 jam yang lalu, satu akaun media sosial rasmi liga itu telah dicipta iaitu @mplbrazil.
Akaun itu juga telah memuatnaik satu logo MPL Brazil dengan kapsyen: “Hello, hello. Media sosial terbaru kami masih panas dari oven.
“Jangan lupa ikuti kami untuk ketahui acara-acara akan datang.
MPL Brazil merupakan cawangan liga profesional pertama luar Asia Asia Tenggara daripada Moonton.
Sebelum ini, Moonton telah memperkenalkan MPL Malaysia, MPL Singapura, MPL Indonesia, MPL Myanmar dan MPL Filipina.