Connect with us

Mobile Legends

Ex-Orange sedia ‘jahanam’ MPL MY S8

Published

on

Foto: MPL / Moonton

SELEPAS kehilangan slot ke Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kelapan (MPL MY S8), bekas pemain-pemain Orange Esports, perlu melalui pusingan kelayakan untuk bertanding di peringkat liga Mobile Legends terbesar di Malaysia itu menerusi satu pasukan baharu.

Mereka perlu bersaing dengan 1271 pasukan yang lain untuk mendapatkan dua slot khas ke MPL MY S8.

Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, pemain-pemain tersebut yang menubuhkan pasukan 6 Jahanam kemudian ditukarkan nama kepada Team Rahasia, berjaya melepasi peringkat kelayakan semalam.

Difahamkan mereka masih mengekalkan barisan pemain seperti MPL MY Musim Ketujuh iaitu:

  • Ajwad Mohd Yusof (Kuja)
  • Muhammad Aiman Mohamad Abas (Aim)
  • Muhammad Azam Ahmad (Neo)
  • Muhamad Raziq Muhamad Bukhari (Mali)
  • Adib Rusydi Ahmad Tarmizi (Adib)
  • Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman (Delus)

Selain Team Rahasia, pasukan Ebliz juga berjaya mara ke peringkat MPL S8.

Dua pasukan itu akan menyertai RSGMY, Suhaz EVOS, Todak, Geek Fam, Red Esports, Homebois, Orange Esports dan Team SMG pada peringkat liga nanti.

MPL MY S8 menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM410,000 (AS$100,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved