Connect with us

Mobile Legends

MPL: SaSa jadi kapten Team SMG

Published

on

SELEPAS kira-kira dua tahun bermain di luar negara bersama ONIC Esports, pemain profesional Mobile Legends Lu Khai Bean Sasa kini kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam Liga Profesional Malaysia Musim Kelapan (MPL MY S8) 2021 bersama Team SMG.

Dalam satu pengumuman di Facebook, Team SMG juga mengumumkan Sasa akan bertindak sebagai kapten Team SMG.

Sementara itu, WTM Today difahamkan barisan pemain Team SMG kali ini dipilih sepenuhnya oleh jurulatih, James Chen.

Berikut adalah senarai pemain Team SMG untuk MPL musim kali ini:

– Lu Khai Bean (SaSa) – Kapten
– Muhammad Zaim (ZAIMSEMPOI)
– Aeliff Adam (Smooth)
– Saw Kee Loong (Loong)
– Low Siew Meng (Deto)
– Syed Naufal (SyF)
– Mohamad Harith Aiman (XpDEA)
– Muhammad Hakim Mikha (Myzer)

https://www.facebook.com/teamsmgofficial/posts/1526767047715386?__cft__[0]=AZUy5O24OhubeHvGwut3mPgXfcSsxviLBlpSgm8pWmTX1rQUnJnFQJ_pLpQlPiJZIrIkHp3OvhgiF8hl5OnxBa7hvrlD_kG2_MWqJ-aj0Tip9knjPDFo1EcGpbrL3X6-VLgLzYWIpk6KrF_LkJ5DPUeMRP2v5lu9zIatjA-Jjayqsg&__tn__=%2CO%2CP-R

Ketika di Indonesia, Sasa pernah menjuarai MPL Indonesia Musim Ketiga dan Piala Asia Tenggara (MSC) 2019 di Manila, Filipina.

MPL MY S8 bakal membuka tirai pada 13 Ogos nanti.

Kejohanan itu masih mengekalkan hadiah wang terkumpul iaitu kira-kira RM420,000 (AS$100,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved