Connect with us

Mobile Legends

“Gangguan seksual tidak okay” – IDNS

Published

on

Foto: Facebook Ramella

PEMAIN Mobile Legends Filipina dari pasukan Smart Omega, Duane Pillas (Kelra) didakwa telah memberi komen berunsur seksual terhadap pemain Thailand, Patchara Korpakdee (Ramella) baru-baru ini.

Pengasas dan pemilik organisasi e-sukan Thailand, IDNS, Amy Ashford, berkata pihaknya tidak akan bertoleransi dengan perkara yang berkaitan dengan gangguan seksual.

“IDNS merupakan pasukan e-sukan yang menggalakkan penglibatan pemain wanita dan kami mengutuk tindakan Kelra itu.

“Tiada alasan untuk gangguan seksual. Gangguan seksual tidak sepatutnya dilakukan dan tidak melakukan apa-apa mengenainya juga adalah tidak wajar.

“Tidak kisalah jantina atau usia, gangguan seksual tidak sepatutnya dilakukan. Semua orang patut rasa selamat ketika bermain dalam arena e-sukan,” kata Amy kepada WTM Today hari ini.

Amy juga berkata pihak pembangun Mobile Legends, Moonton juga sedang menyiasat mengenai perkara ini.

Dia juga mengesahkan gangguan seksual tersebut adalah mengenai satu klip video yang tular di media sosial ketika ini.

Menurut Amy, Kelra dalam satu klip video berkata: “Saya mahu meniduri Ramella.”

WTM Today difahamkan, klip video itu adalah sebahagian daripada video penstriman langsung yang dilakukan pemain RRQ Hoshi iaitu Albert Iskandar (Alberttt) baru-baru ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved