Mobile Legends
MPL: Komen berbaur lucah, Kelra hanya digantung dua minggu
PEMAIN Mobile Legends Filipina dari pasukan Smart Omega, Grant Duane Pillas (Kelra) dikenakan beberapa hukuman selepas melanggar peraturan rasmi Liga Profesional Mobile Legends Filipina Musim Kelapan (MPL PH S8).
BACA:“Gangguan seksual tidak okay” – IDNS
Menurut Jawatankuasa Operasi MPL PH, tindakan itu dilakukan selepas pemain yang berusia 16 tahun itu didapati bersalah melanggar peraturan-peraturan liga, iaitu:
- Peraturan 12.3.3 Gangguan Seksual
- Peraturan 12.3.4 Diskrimanisi dan Penghinaan
Berdasarkan kesalahan-kesalahan itu, Kelra dan pasukannya, OMEGA Esports, dikenakan hukuman:
- Kelra digantung selama 14 hari bermula hari pertama MPL PH
- Amaran keras kepada Kelra dan Omega Esports
- Denda kepada Kelra
Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Operasi MPL PH juga berkata semua pemain profesional liga itu perlu menghadiri Seminar Latihan Kesedaran Gangguan Seksual dan Sensitivi Jantina.
“Kami tidak akan bertoleransi dalam apa-apa bentuk diskriminasi dalam liga dan kami mengharapkan supaya pemain profesional mematuhi peraturan.
“MPL PH kini bekerjasama dengan semua pasukan untuk mewujudkan suasana yang selamat bagi semua orang.
“Mari kita berganding bahu bersama-sama dalam membangunkan liga yang lebih matang dan profesional,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.
MPL PH telah dijadikan sebagai satu liga francais sejak 14 Julai yang lalu.
Penstrukturan menjadikan MPL PH sebagai liga kedua daripada Moonton sebagai liga francais itu.
Sebelum ini, Kelra didakwa telah memberi komen berunsur seksual terhadap pemain Thailand, Patchara Korpakdee (Ramella) baru-baru ini.
Pengasas dan pemilik organisasi e-sukan Thailand, IDNS, Amy Ashford berkata pihaknya tidak bertoleransi dengan perkara yang berkaitan dengan gangguan seksual.
Jelasnya, IDNS merupakan pasukan e-sukan yang menggalakkan penglibatan pemain wanita dan pihaknya mengutuk tindakan Kelra itu.
Sebelum menyertai OMEGA Esports, Kelra merupakan pemain Execration dan pernah memenangi Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.