Connect with us

Mobile Legends

OMEGA kecewa dengan Kelra, akan ambil tindakan

Published

on

Foto: Facebook / OMEGA Esports

ORGANISASI e-sukan Filipina, OMEGA Esports melahirkan rasa kekecewaan terhadap kelakuan atas talian yang dilakukan pemainnya Grant Duane Pillas (Kelra) baru-baru ini.

OMEGA Esports berkata pihaknya kini sedang melakukan siasatan mengenai isu gangguan seksual yang dilakukan pemain itu.

BACA: Komen berbaur lucah, Kelra hanya digantung dua minggu

“Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan profesionalisme dan sifat hormat-menghormati sentiasa ada dalam kalangan pemain kami,” kata OMEGA Esports dalam satu kenyataan hari ini. 

Sebelum ini Kelra dan OMEGA Esports berdepan tindakan hukuman daripada MPL PH kerana pemainnya itu melakukan gangguan seksual di atas talian ke atas pemain Thailand, IDNS, Patchara Korpakdee (Ramella) .

Pengasas dan pemilik organisasi e-sukan Thailand, IDNS, Amy Ashford berkata pihaknya tidak bertoleransi dengan perkara yang berkaitan dengan gangguan seksual.

Jelasnya, IDNS merupakan pasukan e-sukan yang menggalakkan penglibatan pemain wanita dan pihaknya mengutuk tindakan Kelra itu.

“Tiada alasan untuk gangguan seksual. Gangguan seksual tidak sepatutnya dilakukan dan tidak melakukan apa-apa mengenainya juga adalah tidak wajar.

“Tidak kisalah jantina atau usia, gangguan seksual tidak sepatutnya dilakukan. Semua orang patut rasa selamat ketika bermain dalam arena e-sukan,” kata Amy kepada WTM Today hari ini.

Dia juga mengesahkan gangguan seksual tersebut adalah mengenai satu klip video yang tular di media sosial ketika ini.

Menurut Amy, Kelra dalam satu klip video berkata: “Saya mahu meniduri Ramella.”

WTM Today difahamkan, klip video itu adalah sebahagian daripada video penstriman langsung yang dilakukan pemain RRQ Hoshi iaitu Albert Iskandar (Alberttt) baru-baru ini.

Sementara itu, pihak jawatankuasa Liga Profesional Mobile Legends Filipina Musim Kelapan (MPL PH S8) telah mengenakan beberapa hukuman kepada Kelra dan OMEGA Esports berikutan tindakan gangguan seksual yang dilakukan itu.

BACA: Komen berbaur lucah, Kelra hanya digantung dua minggu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved