Connect with us

Mobile Legends

Kes sexual harassment: IDNS tak akan hantar pemain wanita ke PH

Published

on

Foto: Facebook / IDNS

ORGANISASI e-sukan Thailand, IDNS, tidak akan menghantar pemain-pemain wanitanya dalam apa-apa acara di Filipina sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

BACA: “Gangguan seksual tidak okay” – IDNS

Dalam satu kenyataan semalam, IDNS berkata pihaknya bertanggungjawab kepada pemain dan ibu bapa pemain.

“Persekitaran yang selamat dan keadaan mental pemain adalah keutamaan pertama kami.

“Jika pemain tidak berasa selamat, mereka berhak untuk berada di tempat yang sepatutnya lebih baik.

“Gaming sepatutnya satu tempat yang seronok dan selamat untuk semua,” kata IDNS.

Jelas IDNS lagi, gangguan seksual adalah satu jenayah dan mangsa adalah anak perempuan kepada mana-mana ibu bapa.

https://www.facebook.com/IDNSesports/posts/2287676534707590

Pada semalam, pemain Mobile Legends Filipina dari pasukan Smart Omega, Duane Pillas (Kelra) didakwa kerana telah memberi komen berunsur seksual terhadap pemain Thailand, IDNS, Patchara Korpakdee (Ramella) baru-baru ini.

Menurut pengasas dan pemilik IDNS, Amy Ashford, gangguan seksual tersebut adalah mengenai satu klip video yang tular di media sosial ketika ini.

Menurut Amy, Kelra dalam satu klip video berkata: “Saya mahu meniduri Ramella.”

WTM Today difahamkan, klip video itu adalah sebahagian daripada video penstriman langsung yang dilakukan pemain RRQ Hoshi iaitu Albert Iskandar (Alberttt) baru-baru ini.

BACA: Komen berbaur lucah, Kelra hanya digantung dua minggu
BACA: OMEGA kecewa dengan Kelra, akan ambil tindakan

Menurut Jawatankuasa Operasi MPL PH, tindakan itu dilakukan selepas pemain yang berusia 16 tahun itu didapati bersalah melanggar peraturan-peraturan liga, iaitu:

  1. Peraturan 12.3.3 Gangguan Seksual
  2. Peraturan 12.3.4 Diskrimanisi dan Penghinaan

Berdasarkan kesalahan-kesalahan itu, Kelra dan pasukannya, OMEGA Esports, dikenakan hukuman:

  1. Kelra digantung selama 14 hari bermula hari pertama MPL PH
  2. Amaran keras kepada Kelra dan Omega Esports
  3. Denda kepada Kelra

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Operasi MPL PH juga berkata semua pemain profesional liga itu perlu menghadiri Seminar Latihan Kesedaran Gangguan Seksual dan Sensitivi Jantina.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved